Tanda-Tanda Telefon Pintar Dijangkiti Virus / Malware

Apakah Tanda-Tanda Telefon Pintar Dijangkiti Virus / Malware? Ini topik yang kami akan kupas dalam artikel kali ini.

Panduan untuk kenal pasti atau semak samada telefon pintar anda dijangkiti malware/virus atau tidak berdasarkan apa yang dikaji dan disediakan oleh syarikat antivirus terkenal iaitu AVG.

Adakah telefon pintar sememangnya berisiko dijangkiti seperti mana komputer dijangkiti? Secara ringkasnya, jangkitan virus atau malware pada peranti tidak seperti apa yang berlaku pada komputer, ianya agak berlainan dan kadangkala susah untuk dikenalpasti.

Berikut merupakan simptom-simptom atau tanda-tanda telefon pintar anda dijangkit malware.

1- Penggunaan data meningkat mendadak secara tiba-tiba

Perhatikan penggunaan data pada telefon pintar anda, jika anda perasan penggunaan data yang tinggi secara tiba-tiba atau data anda habis laju dari kebiasaan, itu berkemungkinan terdapat malware yang menggunakan data tanpa anda sedari.

2- Aplikasi tidak stabil, crash berkali-kali.

Mengenai perkara ini, terdapat banyak faktor mengapa aplikasi pada telefon pintar anda tidak stabil dan crash berkali-kali.

Ia berkemungkinan anda tidak kemaskini ke versi terbaru, versi yang anda pasang tidak sesuai dengan sistem operasi dan lebih teruk lagi, ianya adalah petanda berkemungkinan terdapat malware atau virus yang menyebabkan aplikasi tersebut tidak stabil.

3- Iklan Keluar Sentiasa

Ini merupakan petanda jelas telefon pintar anda dijangkiti Adware. Adware akan menyebabkan telefon anda kerap mengeluarkan atau menunjukkan iklan setiap masa. Selalunya ia akan muncul tiba-tiba secara pop-up.

4- Kemunculan Aplikasi yang tidak dikenali.

Perhatikan senarai aplikasi yang anda pasang pada telefon pintar. Cari samada wujud aplikasi yang terpasang secara tiba-tiba tanpa anda sedar. Uninstall atau buang aplikasi tersebut sepantas kilat.

5- Bil Telco naik mendadak.

Sesetengah malware bertindak keji dengan menghantar pesanan ringkas secara berterusan sehingga menyebabkan bill anda naik mendadak. Kadangkala, anda akan melanggan perkhidmatan tersembunyi tanpa disedari.

6- Bateri berkurang dengan pantas

Perhatikan penggunaan bateri pada peranti anda.Jika ianya berkurang dengan laju walaupun tanda penggunaan berterusan, berkemungkinan terdapat malware yang menggunakan kuasa secara tersembunyi.

Ini walaubagaimanapun, bukanlah penyebab semata-mata. Bateri berkurang dengan pantas mungkin juga berkait dengan masalah lain pada peranti anda.

7- Telefon pintar menjadi panas secara tiba-tiba

Malware boleh bertindak menggunakan kuasa telefon pintar secara senyap. Ia mungkin boleh menyebabkan peranti menjadi panas secara tiba-tiba walaupun ketika tidak digunakan.

Baik, itu antara petanda berkemungkinan telefon pintar dijangkiti malware atau virus. Perhatikan sebarang tanda-tanda pelik dan kenalpasti penyebab sebenar ia berlaku.

Tindakan awal dan pantas boleh membantu mengelakkan dari sebarang perkara tidak diingini terjadi.

BACA : Cara Elak Telefon Pintar Menjadi Panas
BACA : Kelebihan iPhone SE 2020 Buat Peminat Android Bertukar iOS
BACA : Cara Mudah Kesan Dan Jejak Tempahan Barang Online Anda

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here