Panduan Beli Smartphone Online – Selamat Ke?

Panduan Beli smartphone online, selamat ke tidak? Itu persoalan yang ramai duk rasa apabila nak beli smartphone secara online.

Kami akan kongsikan beberapa panduan untuk anda supaya pembelian yang dilakukan selamat sejahtera tanpa sebarang masalah.

Secara umumnya, ianya adalah selamat untuk anda membeli sebarang smartphone secara online, dengan syarat, ikuti segala panduan dan peringatan dibawah.

APA PANDUAN DIA?

1- Lakukan kaji selidik mengenai produk terlebih dahulu.

Ini amat penting. Lakukan sedikit research atau kaji selidik mengenai smartphone yang hendak dibeli terlebih dahulu.

Ambil tahu mengenai spesifikasi lengkap, nama model dan harga rasmi yang ditawarkan oleh pengeluar smartphone.

2- Pastikan tempat pembelian online tersebut dipercayai dan selamat.

Tempat online shopping mana yang selamat? Senang sahaja, Shopee, Lazada, Lelong dan laman web online shopping oleh kedai secara asasnya, memang selamat untuk anda.

Potensi untuk kena tipu di platform yang disebutkan tadi sebenarnya amat rendah. Platform terkenal seperti Shopee dan Lazada turut dilengkapi dengan sistem perlindungan pembeli.

Jika anda ditipu oleh penjual di Lazada atau Shopee, laporkan pada pihak mereka. Ia akan dapat diselesaikan.

3- Pilih Penjual dengan Reputasi yang Baik

Ini amat penting dan antara “key” untuk mengelakkan dari anda menjadi mangsa penipuan.

Pilih penjual yang dipercayai dan mempunyai reputasi termasuk khidmat pelanggan yang cemerlang.

Bagaimana nak tahu samada penjual tersebut dipercayai atau tidak?

  • Pilih kedai online rasmi pengeluar smartphone
    – Kebanyakkan pengeluar smartphone mempunyai kedai atas talian mereka sendiri termasuk akaun rasmi di Shopee dan Lazada.
  • Pilih “Preferred Seller” Jika di Shopee
    – Preferred Seller di Shopee menandakan penjual tersebut mempunyai servis perkhidmatan yang baik dan boleh dipercayai.
  • Lihat dan baca review pembeli lain pada produk.
    – Utamakan ulasan dengan rating yang baik seeloknya 4 bintang keatas. Perhatikan juga ulasan rating yang rendah, anda boleh tahu samada seller tersebut bermasalah atau tidak melalui rating yang rendah.

4- Baca tajuk dan penerangan produk secara teliti.

Bila dah kenal pasti platform yang selamat untuk beli online, apa yang anda perlu lakukan ialah baca tajuk dan deskripsi produk secara teliti.

Ambil berat apa yang penjual tulis pada produk mereka. Kadangkala terdapat beberapa penjual yang tidak jujur dalam meletak tajuk dan deskripsi produk.

Pusing-pusing ayat dan menggunakan ayat yang tidak jelas merupakan antara helah paling banyak dilakukan.

Macam mana nak kenalpasti penjual yang tidak jujur dalam meletakkan tajuk dan penerangan produk?

  • Ini gunanya kaji selidik produk yang anda lakukan pada awal tadi. Jika tajuk dan deskripsi produk terlalu berbeza jauh dengan apa yang anda kaji selidik, keberangkalian bahawa ianya adalah barang palsu adalah tinggi.
  • Terdapat penjual yang tidak memberi tahu kondisi sebenar peranti yang dijual.
    – cth : barang sencond hand/ used set akan tetapi tidak ditulis dengan jelas, ada yang menggunakan ayat “99% like new”.

5- Perhatikan Harga yang ditawarkan dan Buat Perbandingan

Ketika sedang mencari dan menilai produk sebelum membeli, pastikan anda lihat pada harga yang ditawarkan.

Jika tidak munasabah samada terlalu tinggi atau terlalu murah, kebarangkalian ianya palsu adalah tinggi.

Buat perbandingan harga terlebih dahulu, ini penting. Cth

  • Harga rasmi dari pengeluar ialah RM1500. Kebiasaannya, harga penjual tidak akan terlalu jauh berbeza dengan harga rasmi pengeluar. Setakat perbezaan antara RM50-RM100 itu normal.
  • Akan tetapi kalau harga rasmi RM1500 dan penjual tersebut menjual unit baru pada harga RM200 sahaja, berkemungkinan itu adalah barang clone atau palsu.

6- Elakkan Produk yang “Too Good To Be True”

Jika anda merasakan barangan yang dijual “too good to be true”, elakkan. Cth ; terlalu murah, tawaran yang terlalu menarik cth beli sebuah smartphone, percuma sebuah kereta.

Baca : Senarai Smartphone Storan Dalaman Bersaiz Besar – Terbaik Versi 2020

7- Berikan Perhatian pada Aspek Waranti

Ini amat penting dan kadangkala ada yang terlepas pandang. Pastikan produk yang anda beli mempunyai jaminan waranti.

Lihat pada jenis waranti yang ditawarkan, adakah ia waranti rasmi dari pengeluar ( official local set) ataupun waranti daripada pihak penjual sahaja (AP set).

8- Pilih syarikat penghantaran yang dipercayai dan mudah untuk berurusan.

Masalah kadangkala boleh berlaku pada pihak syarikat penghantaran. Antaranya, barang tidak sampai, barang bermasalah, barang rosak akibat dicampak sana-sini ketika penghantaran dan lain lain.

Pilih yang mudah dihubungi apabila berlaku masalah seperti Pos Laju atau DHL.

9- Semak Keadaan Barang Apabila Sampai

Apabila sampai sahaja barang pada tangan anda, semak samada bungkusan berada dalam keadaan baik atau tidak, pastikan tiada kesan dibuka atau terkoyak. Jangan terima jika ianya bermasalah.

Jika anda mengesyaki bahawa barang bermasalah ketika diterima, langkah terbaik adalah rakam sesi buka bungkusan tersebut.

Ini boleh menjadi bahan bukti bahawa bukan anda yang merosakkan barang tersebut.

Semak juga samada barang sama seperti yang anda pesan, berfungsi dengan baik dan tiada apa-apa masalah.

Baca : Smartphone Apa Best? – Asus Zenfone 5z!

Setakat ini, itu tips dan panduan yang kami boleh kongsikan bagi mengelakkan anda kena tipu semasa membeli peranti atas talian.

Kongsikan tips yang anda amalkan jika anda di ruangan komen dibawah. Mana tahu ada yang menarik boleh dikongsi bersama.

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here