Oppo Ace2 5G – Kelebihan Ace2 5G Bukan Biasa-Biasa

Oppo Ace2 5G merupakan telefon pintar terbaru milik Oppo yang baru diperkenalkan minggu ini. Jika dilihat dari segi kelebihan Ace2 5G ini, ianya bukan biasa-biasa.

Sebagai sebuah peranti dengan spesifikasi flasghip, Ace 2 5G dilihat mampu bersaing dengan beberapa telefon pintar berkuasa yang lain termasuk OnePlus 8 Pro yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

SPESIFIKASI OPPO ACE 2 5G

SPESIFIKASI OPPO Ace 2
SAIZ DAN BERAT
  • 160 x 75.4 x 8.6 mm
  • 185g
PAPARAN SKRIN
  • 6.55-inch OLED
  • FHD+ (1080 x 2400), 20:9
  • 90Hz refresh rate
  • 100% DCI-P3
  • HDR
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Hole-punch
PROCESSOR Qualcomm Snapdragon 865
RAM DAN STORAN DALAMAN
  • 8GB + 128GB
  • 8GB + 256GB
  • 12GB+256GB
  • LPDDR5 RAM
  • UFS 3.0 storage
BATERI DAN PENGECASAN
  • 4,000 mAh
  • SuperVOOC 2.0 65W fast charging, USB-PD, Qualcomm Quick Charge
  • 40W AirVOOC wireless charging, 10W Qi charging
  • 10W reverse wireless charging
USB USB Type-C
KAMERA UTAMA
  • Primary: 48MP (IMX586), f/1.7, 0.8µm
  • Ultrawide: 8MP, f/2.2, 119º field-of-view, f/2.2, 1.12µm
  • Monochrome: 2MP, f/2.4, B/W
  • Depth sensor: 2MP, f/2.4
KAMERA HADAPAN 16MP, f/2.4, 1.0µm
VERSI ANDROID ColorOS 7.1 berasaskan Android 10

 

OPPO tidak dinafikan sebuah jenama yang terkenal dengan kemampuan pengecasan pantas mereka yang dikenali sebagai VOOC.

Ace 2 5G dilengkapi dengan bateri sebesar 4000mAh dan kini menyokong pengecasan pantas 65W yang digelar SuperVOOC selain pengecasan pantas tanpa wayar 40W.

Spesifikasi utama lain, secara atas kertas, ianya tampak sempurna. Cip pemprosesan Snapdragon 865 (processor paling berkuasa) dibantu dengan pilihan ram sehingga 12GB LPDDR5.

BACA : Telefon Pintar Gaming Terbaik – Kelebihan Dan Kekurangan

Kamera utama 48 megapiksel IMX586 sensor dibantu dengan 3 lensa lain, ianya bakal menjadi telefon pintar dengan keupayaan kamera yang sukar untuk digugat jenama lain.

Tidak cukup dengan itu, telefon pintar ini juga menggunakan skrin OLED bersaiz 6.55 inci dengan kadar refresh rate 90Hz. Keputusan OPPO untuk tidak menggunakan refresh rate 120Hz seperti kebanyakkan peranti flasgship lain dilihat agak tepat. Ia akan membantu dalam menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar tersebut.

BACA : Smartphone Terbaik 2020 Untuk Urusan Bisnes
BACA : Smartphone Apa Best? – Asus Zenfone 5z!

Kita mungkin akan dapat melihat telefon pintar terbaru ini ditawarkan oleh OPPO Malaysia kelak. Sama-sama kita nantikan.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here