Kelebihan Kekurangan Nubia Red Magic 5G, itu yang kita akan lihat dalam segmen “Apa Kata Mereka” kali ini. Di Malaysia, Nubia Red Magic 5G mula dijual pada harga serendah RM2600 dan mencecah RM3600 bagi versi 16GB ram.
Jika dilihat dari segi spesifikasi dan harga yang ditawarkan, ini merupakan telefon pintar gaming yang berbaloi untuk dimiliki.
Akan tetapi, adakah dengan spesifikasi tercanggih dan harga yang berpatutan sudah cukup untuk menjadikan ianya berbaloi?
Mari kita lihat apa yang diperkatakan oleh pengulas dan pengguna secara umumnya mengenai telefon pintar yang berada dibawah payung ZTE ini.
KELEBIHAN NUBIA RED MAGIC 5G
Kelebihan peranti ini terdapat pada spesifikasi yang digunakan. Ianya cukup berkuasa dan ditambah dengan ciri-ciri gaming yang ada pada RED MAGIC 5G ini menjadikan ia sebuah telefon pintar yang tidak harus dipandang ringan.
Specs
SoC | Qualcomm Snapdragon 865 |
OS | Android 10-based Red Magic OS |
RAM | 8/12 GB LPDDR5 |
Storage | 128/256GB UFS 3.0 |
Display | 6.65-inch AMOLED, FHD+ (2,340 x 1,080), 144Hz, 240Hz poll rate. |
Battery | 4500mAh, 55W charging |
Front camera | 12MP, f/2.0 |
Rear cameras | 64MP Sony IMX686, f/1.8, PDAF (main) + 8MP (ultra-wide) + 2MP (macro) |
Connectivity | Dual-SIM, 5G (no mmWave, only two bands: n41 and n78), 4G LTE, Wi-Fi 6, Bluetooth |
Dimensions | 168.56 x 78 x 9.75mm, 218g |
Ports | USB Type-C, 3.5mm headphone jack |
Colors | Hacker Black, Mars Red, Cyber Neon, Transparent Edition |
Biometrics | In-display fingerprint reader |
Price | Serendah RM2600 mencecah RM3600 |
Anda akan mendapati, Red Magic 5G ini cukup pantas dan berkuasa, kemampuan telefon pintar ini untuk memainkan sebarang permainan berkualiti tinggi cukup baik.
Rekaan penyejuk membantu Red Magic 5G mengekalkan prestasi cemerlangnya ketika pengguna bermain games berdefinisi tinggi.
Rekaan dan ciri tambahan seperti butang kawalan pada bahagian tepi telefon pintar ini cukup dipuji keberkesanannya dalam mengawal sesetengah permainan yang memerlukan fungsi tersebut.
Tidak cukup dengan itu, peranti ini turut hadir dengan bicu audio (audio jack), sekaligus menjadi kelebihan bagi mereka yang tidak gemar menggunakan earphone tanpa wayar.
KEKURANGAN NUBIA RED MAGIC 5G
NUBIA RED MAGIC 5G menunjukkan kepada kita bahawa spesifikasi terkini dan cukup berkuasa tidak semestinya akan memberikan pengalaman penggunaan yang baik.
Spesifikasi yang canggih harus hadir dengan perisian yang baik tanpa sebarang isu yang memeningkan kepala pengguna.
Sebaliknya yang berlaku pada Red Magic 5G. Beberapa pengguna melaporkan perisian telefon pintar tersebut cukup bermasalah dan tidak terlalu stabil.
Ia menggunakan sistem operasi Android 10 berasaskan skin Red Magic OS yang diubahsuai mengikut citarasa NUBIA. Malangnya, terdapat beberapa isu yang membelenggu menjadikan ia tidak stabil.
Terdapat juga isu pada kualiti skrin peranti tersebut. Penghasilan warna yang kurang tepat menjadi masalah utama skrin Red Magic 5G. Namun, isu ini mungkin tidak akan disedari oleh pengguna yang tidak kisah akan ketepatan warna pada skrin peranti mereka.
Rekaan badan telefon pintar gaming ini juga dikatakan terlalu besar dan tidak selesa untuk dipegang. Ditambah pula dengan berat peranti sekitar 218g, ianya cukup berat dan menimbulkan ketidakselesaan untuk dipegang untuk satu tempoh yang lama.
Oh ya, jika anda mementingkan aspek kalis percikan air, Red Magic 5G tidak dilengkapi dengan ciri tersebut. Ia juga tidak mempunyai pensijilan IP68.
Sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa dengan harga serendah RM2600 ianya seakan berbaloi. Bagi kami, terlalu banyak pilihan yang lebih baik boleh anda miliki pada harga sekitar RM2600.
Apa-apapun, ini hanyalah pendapat mereka yang pernah menggunakan RED MAGIC 5G sebagai telefon pintar utama. Isu dan masalah yang disenaraikan berkemungkinan tidak akan dirasai oleh pengguna lain, lebih-lebih lagi jika pihak NUBIA mengeluarkan kemaskini untuk perisian mereka, sekaligus menyelesaikan isu yang membelenggu.
BACA : Smartphone Terbaik 2020 Untuk Urusan Bisnes
BACA : Telefon Pintar Gaming Terbaik – Kelebihan Dan Kekurangan
BACA : Cara Terbaik Jimatkan Bateri Laptop Anda
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.