Kelebihan Kekurangan Motorola Edge+ – Comeback is Real

Apa kelebihan dan kekurangan Motorola Edge+ ? Adakah ia sebuah telefon pintar yang harus anda berikan perhatian? Kami akan kupas perkara tersebut dalam artikel kali ini.

Bagi yang tidak tahu, Motorola Edge+ merupakan sebuah percubaan baru daripada Motorola dalam memperkenalkan siri telefon pintar bertaraf flagship setelah sekian lama mendiamkan diri.

Jika dilihat dari spesifikasi yang digunakan, Edge+ merupakan sebuah telefon pintar bertaraf flagship dan tidak keterlaluan untuk mengatakan ianya setaraf dengan OnePlus 8 Pro dan juga siri Samsung Galaxy S20.

Specs

SoC Snapdragon 865
RAM 12GB
Storage 256GB
Display 6.7-inch 1080p OLED, 90Hz refresh
Battery 5,000mAh battery
Cameras 108MP main, 16MP ultra-wide, 8MP telephoto; 25MP selfie
Software Android 10 “My UX”
Headphone jack Yes

Hadir dengan rekaan skrin yang berkonsepkan Waterfall iaitu melengkung dibahagian tepi, Edge+ boleh kami katakan sebagai sebuah telefon pintar dengan rekaan yang amat menarik perhatian.

Akan tetapi, skrin melengkung dilihat tidak begitu praktikal dan tidak digemari oleh kebanyakkan pengguna termasuk MKBHD sendiri. Ianya kerana lengkungan tersebut terdedah kepada sentuhan secara tidak sengaja pada skrin.

Lebih menarik lagi, Motorola yang kini berada dibawah payung Lenovo, turut menyertakan bicu audio ataupun audio jack, sesuatu yang semakin jarang ditemui pada telefon pintar flagship.

Motorola turut mengatakan bahawa Edge+ hadir dengan fungsi speaker terbaik dan berkualiti pernah ada pada sesebuah peranti. Ia dihasilkan khas oleh syarikat Waves yang terkenal dipercayai dalam sistem audio dan bunyi.

Selain dilengkapi spesifikasi terbaik pernah ada pada sebuah telefon pintar, Motorola turut fokus kepada kemampuan kamera Edge+. Ia menggunakan kamera dengan lensa 108 megapiksel dibantu dengan 2 lensa tambahan termasuk fungsi Night Mode yang setaraf flagship lain.

Dari segi perisian atau sistem operasi yang digunakan, Motorola terkenal dengan penggunaan sistem operasi berasaskan stock Android yang cukup minimal dan laju. Jadi, ianya bukan satu masalah bagi Motorola jika hendak dibandingkan dengan jenama lain yang menggunakan sistem operasi Android diubah mengikut citarasa dan tidak berapa stabil.

Jika adapun kekurangan, ianya adalah berkait dengan fungsi kalis percikan air. Motorola Edge+ tidak dilengkapi dengan pengiktirafan IP68, sekaligus menjadikan ia tidak kalis percikan air. Motorola walaubagaimanapun, mengatakan bahawa peranti mereka dihasilkan berpandu kepada standard yang ditetapkan berkait IP68.

Menyentuh mengenai soal harga, Motorola Edge+ akan mula dijual pada harga permulaan $999USD bersamaan dengan RM4,358.24.

BACA : Tanda-Tanda Telefon Pintar Dijangkiti Virus / Malware
BACA : Cara Terbaik Jimatkan Bateri Laptop Anda
BACA : Cara Elak Telefon Pintar Menjadi Panas

Jadi, berbalik kepada persoalan diatas, Adakah anda patut beri perhatian? Ya, jika ianya ditawarkan secara rasmi di Malaysia oleh Lenovo dengan harga berpatutan dan berbaloi serta tidak terlalu jauh berbeza dengan pesaing seperti OnePlus 8 Pro.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here