Kamera OnePlus 8 Pro Bakal Jadi Kelebihan OnePlus

Bagi ramai pengguna, kelebihan OnePlus bukanlah pada sistem kamera peranti tersebut, ianya tidak sehebat peranti lain yang lebih baik seperti Google Pixel, siri Huawei P dan Mate termasuk siri iPhone 11.

Namun, pihak OnePlus melalui CEO dilihat menjanjikan bahawa kamera OnePlus 8 bakal merubah tanggapan awam tentang keupayaan kamera smartpone mereka.

Pete Lau yang merupakan CEO OnePlus berkongsi kepada umum hasil gambar mod malam (night mode) yang diambil menggunakan kamera OnePlus yang dibandingkan dengan peranti lain.

Ianya jelas menunjukkan kemampuan kamera OnePlus 8 dalam suasana kurang cahaya, menghasilkan gambar yang lebih banyak details dan jelas.

Gambar night mode yang diambil menggunakan OnePlus 8 Pro

Pete juga berkongsi rakaman video menggunakan kamera peranti terbaru mereka dengan latar belakang cahaya matahari. Ianya bertujuan untuk menunjukkan kemampuan kamera OP8 dalam menghasilkan video dengan ciri Dynamic Range dan fungsi penstabil yang baik.

Untuk rekod, kamera OnePlus 8 bakal menggunakan sensor IMX586 48 megapiksel milik Sony manakala versi Pro bakal menggunakan sensor Sony IMX689 yang lebih baharu.

Terbaru : OnePlus 8 Pro vs OnePlus 8 – Kelebihan Kekurangan Peranti OnePlus

Kemampuan kamera kedua-dua peranti tersebut dijangka akan berbeza memandangkan OP8 normal tidak dilengkapi dengan lensa telephoto termasuk menggunakan sensor Sony lama berbanding versi Pro.

sumber

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here