Google Opinion Rewards Malaysia – Kini Rasmi

Google Opinion Rewards Malaysia akhirnya boleh digunakan secara rasmi oleh pengguna negara ini selepas program tersebut menyokong Malaysia sebagai salah sebuah negara untuk Google Opinion Rewards.

Program Google Opinion Rewards in membolehkan pengguna menjawab survey yang disediakan Google dan menerima ganjaran berbentuk Play Store kredit yang boleh digunakan untuk membeli aplikasi dan lain-lain.

Setiap survey yang dijalankan akan diberi ganjaran berbeza jumlah dan mempunyai tarikh luput sekitar 1 tahun. Lagi banyak anda menjawab survey yang diberi, lebih besar ganjaran terkumpul.

Bagaimana cara daftar Google Opinion Rewards Malaysia ?

Mudah sahaja. Muat turun melalui Google Play Store dan ikuti arahan yang dipaparkan. Anda akan diberi tutorial untuk menjawab survey yang bakal diterima dan peringatan bahawa tidak semua survey akan dibayar oleh Google.

Selepas pendaftaran, anda hanya perlu tunggu notifikasi mengenai survey telah tersedia untuk dijawab. Ianya cuma survey ringkas yang amat mudah. Bayaran berupa kredit akan terus dikreditkan pada Play Store anda.

Kami telah pun mencuba aplikasi Google ini dan menjawab soalan survey mengenai corak gaya tidur (ya, iya benar). Kredit Play Store terus dimasukkan kedalam akaun sebaik sahaja semua soalan selesai dijawab.

Ini merupakan satu perkara yang amat menarik dimana segala kredit terkumpul melalui survey boleh digunakan untuk membuat pembelian di Play Store samada aplikasi berbayar, permainan, Movies ataupun koleksi buku yang tersedia.

Harus diingat, bayaran yang diterima bukanlah berbentuk matawang yang boleh dipindah masuk ke dalam akaun bank anda, akan tetapi hanyalah Play Store Credit sahaja.

BACA :Cara Terbaik Jimatkan Bateri Laptop Anda
BACA : Kelebihan iPhone SE 2020 Buat Peminat Android Bertukar iOS
BACA : Cara Elak Telefon Pintar Menjadi Panas

Muat Turun Google Opinion Rewards

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here