Apa cara terbaik elak telefon pintar menjadi panas? Adakah anda perlu rendam dalam ais atau letak dalam freezer?
Artikel kali ini akan membincangkan segala cara yang boleh dipraktikkan untuk mengelakkan telefon pintar anda menjadi panas terutama ketika bermain games.
Jika diikutkan, tiada formula yang benar-benar berkesan memandangkan terlalu banyak faktor yang boleh menyumbang kepada telefon anda menjadi panas. Boleh jadi masalah perisian, boleh jadi masalah hardware telefon tersebut seperti apa yang terjadi pada peranti Snapdragon 810 dahulu dan bermacam-macam lagi.
Kami menghimpunkan beberapa cara yang disyorkan oleh pengeluar phone sendiri antaranya Huawei dan Vivo, termasuk apa yang dicadangkan oleh syarikat Antivirus terkenal iaitu AVG.
1- Jangan main game ketika mengecas
Elakkan main game sambil cas phone. Ini akan menyebabkan telefon pintar korang lebih cepat panas. Aktiviti main game tu dah memanaskan telefon anda, main sambil cas akan buat dia berganda jadi panas. Jangan sampai hati anda pula panas sekali.
2- Elakkan Main Game Tak Henti
Telefon pintar anda mempunyai limit nya sendiri. Limit paling utama ialah kemampuan bateri untuk bertahan. Jika anda bermain game bermula dari bateri penuh sampai ke tahap ia hampir habis, itu petanda anda harus berhenti sebentar dan biarkan ia di cas dengan tenang.
3- Tutup Aplikasi Background Bila Tidak Digunakan
Menurut Vivo Malaysia, menutup aplikasi pada bahagian background boleh membantu menyejukkan peranti anda.
4- Tutup Wifi, Data, GPS dan Bluetooth
Anda boleh menutup samada WiFi , sambungan Data , GPS dan Bluetooth apabila tidak digunakan. Ini dapat membantu sesetengah telefon pintar mengelakkan dari ia menjadi panas.
5- Kurangkan kadar kecerahan skrin telefon anda
Kurangkan kecerahan (brightness) telefon pintar anda dapat membantu mengelakkan peranti menjadi panas dan ia juga dapat membantu menjimatkan bateri.
6- Gunakan atau cas telefon pintar di kawasan pengudaraan baik
Gunakan telefon pintar atau cas di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan cas dan letak diatas atau dibawah kain,tilam atau bantal. Cas di kawasan terbuka.
7- Elakkan telefon pintar dari terkena cahaya matahari berterusan secara terus.
Jangan jemur telefon pintar anda. Pastikan ianya tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari terik.
8- Rendahkan Volume Speaker
Ini tips yang dikongsikan oleh Huawei melalui laman web mereka. Rendahkan tahap volume speaker anda cukup untuk anda seorang yang dengar, tidak perlu buka habis kuat sehingga satu kampung dengar apa yang anda dengar.
9- Rendahkan tetapan games
Bermain dengan tetapan games paling tinggi memang menyeronokkan. Akan tetapi ingat, sesetengah telefon pintar akan struggle dan menggunakan lebih kuasa ketika tetapan games tinggi. Merendahkan tetapan games anda dapat membantu telefon pintar bertenang sekaligus dapat mengelakkan peranti menjadi panas.
10- Panas disebabkan Virus dan Malware
Menurut AVG, ini berkemungkinan boleh jadi. Sesetengah Malware akan menyebabkan peranti anda menjadi panas. Ini kerana malware akan menggunakan atau “memakan” kuasa processor dan ram anda. Apabila penggunaan keduanya tinggi, telefon pintar akan menjadi panas.
Semak telefon pintar anda dan pastikan ianya bebas daripada sebarang aplikasi yang mencurigakan. Buang atau delete aplikasi yang anda tidak kenali akan tetapi tiba-tiba ada pada peranti anda.
BACA: Kelebihan iPhone SE 2020 Buat Peminat Android Bertukar iOS
BACA: Cara Mudah Kesan Dan Jejak Tempahan Barang Online Anda
Baik, itu 10 perkara yang boleh anda elakkan untuk mengelakkan daripada telefon pintar menjadi panas.
Harus diingat ya, panduan ini ialah secara umum dan tidak dijamin berkesan 100%. Kenali peranti anda dan ikuti panduan yang disediakan.
BACA :Cara Hantar WhatsApp Tanpa Simpan Nombor Telefon
BACA : Telefon Pintar Gaming Terbaik – Kelebihan Dan Kekurangan
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.