Samsung Galaxy Gear Live merupakan produk Android Wear yang diperkenalkan semalam pada acara Google I/O serentak bersama 2 lagi smartwatch iaitu LG G Watch dan Motorola Moto 360. Android Wear, sebuah sistem operasi khas untuk jam tangan pintar memiliki ciri-ciri menarik yang akan memaparkan notifikasi pada jam tangan anda, menerima arahan suara dan diselarikan kepada smartphone atau tablet anda.
Galaxy Gear Live mempunyai rupa bentuk seperti Galaxy Gear 2 , paparan skrin yang besar dan cerah, menggunakan kemasan chrome dan tali jam yang diperbuat daripada plastik. Antara spesifikasi jam tangan pintar ini ialah :
Display | 1.63″ Super AMOLED (320 x 320) |
OS | Android Wear |
Processor | 1.2 GHz Processor |
Google Services | Google Now, Google Voice, Google Maps & Navigation, Gmail, Hangouts |
Additional Features | Notification (SMS, E-mail, etc.) Heart Rate Monitor IP67 Dust and Water Resistant Changeable Strap |
Color Options | Black and Wine Red |
Connectivity | Bluetooth® v4.0 LE |
Sensor | Accelerometer, Gyroscope, Compass, Heart Rate |
RAM | 512MB |
Storage | 4GB Internal Memory |
Dimension /Weight | 37.9 x 56.4x 8.9 mm, 59g |
Battery | Standard Battery, Li-ion 300mAh |
Menyentuh mengenai soal harga, Galaxy Gear Live boleh mula didapati pada harga $199 (RM642) melalui Google Play Store dan pra-tempahan dibuka kepada umum mulai hari ini. Jam tangan pintar tersebut akan mula dihantar kepada pembeli pada 7 Julai akan datang.