Kelebihan Redmi Note 9 Pro – Ini Gaming Phone ?

Redmi Note 9 Pro sebenarnya sebuah gaming phone? Itu kelebihan Note 9 Pro yang saya akan sentuh dalam artikel khas mengenai kemampuan peranti terbaru milik Xiaomi ini dalam aspek gaming.

Anda mungkin tahu bahawa Redmi Note 9 Pro sebenarnya sebuah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi dengan spesifikasi terbaik dalam kelas nya.

Sepanjang pengggunaan saya selama hampir 2 minggu, smartphone tersebut berfungsi dengan cemerlang, sukar untuk cari kekurangan yang nyata, terutama dalam aspek prestasi.

BACA : Ulasan Kelebihan dan Kekurangan Redmi Note 9 Pro

Bagaimana dengan prestasi gaming? Secara ringkasnya, anda boleh campak apa sahaja game berdefinisi tinggi, Redmi Note 9 Pro mampu memainkannya tanpa sebarang masalah walaupun dengan tetapan tinggi.

Redmi Note 9 Pro sebenarnya lebih memfokuskan kepada gamers dan ingin menjadi peranti gaming terbaik dalam kelas pertengahan.

Di dalam artikel ulasan sebelum ini, saya ada nyatakan saya tidak dapat elak dari merasakan bahawa Redmi Note 9 Pro sebenarnya lebih memfokuskan kepada gamers dan ingin menjadi peranti gaming terbaik dalam kelas pertengahan.

Lihat sahaja kepada semua ciri dan spefikasi yang ada pada peranti ini. Semuanya menjurus kepada menjadikan pengalaman bermain games yang amat baik walaupun hanya cuma smartphone kelas pertengahan.

Xiaomi secara senyap cuba membuktikan betapa berkemampuannya peranti kelas pertengahan mereka sebagai sebuah peranti gaming.

Saya senaraikan perkara penting yang perlu ada pada sesebuah smartphone yang sesuai untuk bermain apa jua games terutama permainan bertaraf AAA.

1- Cip pemprosesan berkuasa
2- Bateri bersaiz besar
3- Saiz RAM
4- Rekaan yang sedap untuk dipegang dalam tempoh yang lama
5- Ciri-ciri tambahan yang penting seperti bicu audio, sokongan sdcard dll.

Jika anda lihat, Redmi Note 9 Pro sebenarnya telah pun “tick all the boxes” diatas. Peranti ini menggunakan Snapdragon 720G yang cukup berkuasa untuk “handle” game AAA berdefinisi tinggi selain menggunakan ram sebesar 6GB disokong dengan memori terbina 128GB. Jika itu tidak cukup buat anda, Redmi Note 9 Pro turut menyokong penggunaan sdcard sekaligus menyelesaikan masalah ruangan storan tidak mencukupi.

Smartphone ini juga menggunakan bateri sebesar 5020mAh dan berdasarkan pengalaman menggunakannya, ianya antara peranti dengan kemampuan bateri yang amat mengkagumkan.

Xiaomi juga memahami betapa pentingnya untuk meletakkan ciri-ciri seperti Audio Jack yang akan memberi pengguna pengalaman mendengar audio dengan lebih baik dan jelas berbanding menggunakan sambungan bluetooth yang berisiko mengalami Audio Lag.

Itu dari segi spesifikasi. Jadi bagaimana dengan prestasi sebenar?

Saya memilih beberapa permainan berdefinisi tinggi terkenal seperti Call of Duty, PUBG Mobile, Asphalt 9, Modern Warplanes dan beberapa yang lain.

Tujuan dia tak lain tak bukan untuk melihat sejauh mana kemampuan Redmi Note 9 Pro menjalankan kesemua game tersebut dengan setting paling tinggi boleh ditetapkan.

Secara purata, setiap game dimainkan selama 10 minit sehingga 30 minit (bergantung kepada game) dan diselang-selikan dimana kesemua game dibuka serentak dan hanya ditukar apabila hendak dimainkan.

Jadi macam mana keputusannya? Sangat baik dari segi beberapa aspek.

Fungsi Game Booster diaktifkan dalam permainan

1- MIUI 11 akan mengaktifkan fungsi game booster secara automatik setiap kali game dibuka atau dimainkan.
2- Walaupun hanya menggunakan 6GB ram, kesemua game yang dibuka dan disimpan sebagai background apps tidak alami masalah atau restart semula. Ini nice.
3- Dari segi suhu, sejujurnya memang terasa sedikit panas dibahagian belakang menandakan hardware Redmi Note 9 Pro bekerja keras memastikan setiap game berjalan dengan smooth tanpa masalah lag. Ia walaubagaimanapun, tidak terlalu ketara dan agak cepat untuk sejuk semula.

Gabungan hardware dan software (MIUI11) yang digunakan ternyata membuatkan peranti ini cukup berbaloi untuk dimiliki.

Xiaomi seperti biasa menetapkan standard yang tinggi untuk sebuah peranti kelas pertengahan.

Jika dulu Redmi Note 8 Pro dicanang sebagai peranti kelas pertengahan terbaik untuk gaming, kini Redmi Note 9 Pro dilihat telah pun mengambil alih tugas tersebut dengan mudah.

Tiada gimik diperlukan untuk melariskan jualan seperti kadar Refresh Rate 90hz atau 120Hz, cukup dengan 60hz seperti biasa, sudah mampu memberi prestasi yang berbaloi dengan apa yang diminta.

Redmi Note 9 Pro mungkin akan menyebabkan pesaing lain sukar untuk tandingi gabungan prestasi, hardware, software dan harga yang ditetapkan. Kudos Xiaomi!

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here