Smartphone Apa Best? – Asus Zenfone 5z!

“Smartphone Apa Best?”, satu segmen perbincangan di semua channel soleheen.com dimana kami akan membincangkan, smartphone apa yang syok dan seronok serta berbaloi untuk dimiliki.

Jadi smartphone pertama dalam segmen kali ini ialah, Asus Zenfone 5z yang tak berapa nak terkenal dalam Malaysia. Entah kenapa, mungkin ramai pengguna lebih berminat dengan siri ROG Phone milik Asus.

Kini kira-kira 2 tahun selepas pelancaran smartphone tersebut, harga yang ditawarkan untuk Asus Zenfone 5z kini boleh dikatakan amat-amat berbaloi. Jom kita lihat spesifikasi smartphone ini secara ringkas.

APA YANG BEST?

Jika dilihat dari spesifikasi yang digunakan, ianya merupakan sebuah smartphone flagship, dilengkapi dengan spesifikasi terbaik pada tahun tersebut.

Cip pemprosesan Snapdragon 845 sebenarnya cukup berkuasa dan dibantu dengan ram sebesar 8GB(!), memori storan dalaman sebesar 256GB dan dwi-kamera 12MP + 8MP.

Tak cukup dengan itu, Asus Zenfone 5z turut menyokong penggunaan memori kad sehingga 2TB. Untuk tahun 2020 ini, smartphone ini telah pun menerima kemaskini Android 10 yang menggunakan antaramuka seperti Android asal tanpa sebarang pengaruh ZenUI yang keterlaluan.

Jika dilihat pada review dan ulasan yang dibuat oleh kebanyakkan pengguna, dwi-kamera ASUS sebenarnya tidak lah seteruk model lain. Ianya sangat berkemampuan dan setakat guna untuk Instagram, memang cukup baik lah.

Bagaimana dengan saiz skrin dan phone itu sendiri?

Asus Zenfone 5z menggunakan skrin sebesar 6.2 inci, satu saiz yang cukup ideal untuk penggunaan harian bagi mereka yang tidak gemar phone terlalu besar akan tetapi taknak smartphone skrin terlalu kecik.

Dari segi berat phone, dengan berat sekitar 165g, ianya sebenarnya agak ringan. Saya meletakkan limit berat 200g untuk sebuah smartphone rasa sedap dipegang lama dan sedap dipakai.

APA YANG TAK BEST?

Apa yang tak best mengenai smartphone ini mungkin dari segi bateri nya yang bersaiz agak kecil untuk sebuah smartphone flagship. Ditambah pula dengan reputasi ASUS yang tidak terkenal dengan kemampuan bateri mereka.

Bateri sebesar 3300mAh mungkin akan membuatkan sesetengah pengguna berfikir dua kali untuk mendapatkannya.

Tapi tidak untuk kami. Powerbank kan ada.

DAH BACA? : Senarai Smartphone Storan Dalaman Bersaiz Besar – Terbaik Versi 2020

BERAPA HARGA TERKINI?

Selepas buat tinjauan, harga terkini Asus Zenfone 5z telah mencecah serendah RM1088 untuk sebuah unit baru, bukan second hand atau refurbished.

RM1088 untuk sebuah smartphone dengan Snapdragon 845, 8GB ram, 256GB storan dalaman, kamera dwi lensa, skrin 6.2 inci dan Android 10 berasaskan antaramuka Android asal. Apa lagi anda mahu?

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here