Kelebihan Kekurangan POCO X2 – Tak Sehebat Poco F1?

Memandangkan Poco X2 dah pun rasmi, jadi jom kita tengok kelebihan kekurangan Poco X2 terbaru ni dan bila akan masuk pasaran Malaysia.

Sepintas lalu, banyak perkara membezakan antara Poco F1 dengan versi terbaru X2 ini. Secara mata kasar, kami berpendapat X2 bukan penerus legasi F1 dan tak sehebat F1 semasa awal pengenalan peranti tersebut.

Ini antara spesifikasi Poco X2 secara ringkas yang merupakan smartphone dijenamakan semula daripada Redmi K30.

Snapdragon 730G SoC, sistem operasi MIUI 11, tiga pilihan memori – 6GB/64GB, 6GB/128GB dan 8GB/256GB, kamera 64 megapiksel menggunakan sensor IMX686 terbaru daripada Sony, skrin 6.67-inch 20:9 1080p LCD dan bateri sebesar 4,500mAh.

Poco masih mengekalkan teknologi penyejukkan LiquidCool selain daripada memperkenalkan refresh rate screen 120Hz (ini baik ni) dan pengecas pantas 27W yang disertakan di dalam kotak.

Baca : Ikuti 10 Cara Untuk Lajukan Smartphone Anda. Edisi 2020!

Sepintas lalu, tiada apa yang terlalu memukau mata terutama jika anda dah biasa dengan Redmi K30.

Tiada processor flagship terkini (Snapdragon 730G merupakan processor pertengahan) akan tetapi tanda harga pengenalan untuk Poco X2 tidak boleh dipandang ringan.

Baca : Smartphone 12GB Ram Ketinggalan – 2 Peranti Ini Bakal Guna 16GB

Murah yang amat jika hendak mengambil kira beberapa ciri tambahan terutama skrin 120hz peranti tersebut. Ini harga untuk setiap variasi yang hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu biru, ungu dan merah.

  • 6GB+64GB: Rs.15,999 (~RM925)
  • 6GB+128GB: Rs. 16,999 (~RM983)
  • 8GB+256GB: Rs.19,999 (~RM1,157)

Harga tersebut walaubagaimanapun, hanya untuk pasaran India. Tiada pengumuman harga rasmi untuk pasaran antarabangsa, apatah lagi pasaran Malaysia.

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here