Whatsapp Beta Kini Menyokong Dark Mode Secara Rasmi

Berapa ramai yang menunggu WhatsApp versi Dark Mode? Berita baik bagi anda, versi Beta aplikasi tersebut kini menyokong fungsi Dark Mode secara rasmi, sekaligus menamatkan penantian ramai pengguna.

Jika anda pengguna WhatsApp beta sebelum ini, kemaskini boleh dilakukan melalui PlayStore manakala bagi pengguna lain, anda boleh memuat turun file APK WhatsApp Beta untuk mengaktifkan fungsi Dark Mode.

Dark Mode aplikasi tersebut bukanlah berwarna hitam sepenuhnya atau hitam mati. Ianya lebih kepada berwarna kelabu gelap dengan gabungan warna hijau yang merupakan warna tema WhatsApp.

Untuk mengaktifkan Dark Mode, anda boleh pergi pada bahagian Setting > Chats > Theme dan pilih Dark sebagai tema.

DAH BACA ? Ikuti 10 Cara Untuk Lajukan Smartphone Anda. Edisi 2020!

Harus diingatkan bahawa, ini bukan lah kemaskini versi akhir, ianya adalah percubaan dan kita mungkin akan melihat beberapa penambahbaikan dilakukan menjelang versi akhir dikeluarkan.

Bagi kami, ianya berbaloi untuk dicuba jika anda seorang pengguna tegar WhatsApp pada waktu malam, tiada lagi silauan terang yang menyakitkan mata.

Muat Turun melalui APK Mirror

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here