Smartphone 12GB Ram Ketinggalan – 2 Peranti Ini Bakal Guna 16GB RAM

Smartphone dengan 12GB ram sebenarnya dah hampir menjadi kebiasaan pada tahun 2020 ni. Jika anda perhatikan, kebanyakkan peranti flagship hampir setiap jenama sudah dilengkapi dengan ram sebesar 12GB.

Bagaimana dengan 16GB ram? Untuk pengetahuan anda, itu jumlah atau saiz ram yang akan digunakan oleh Samsung dan juga Xiaomi yang bakal hadir dengan peranti flasghip serta peranti gaming masing-masing.

Samsung Galaxy S20 Ultra dikatakan akan hadir dengan pilihan ram sehingga 16GB disamping versi normal iaitu 12GB. Peranti ini akan turut menjadi peranti paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Samsung, menggabungkan cip pemprosesan Snapdragon 865, atau Exynos 990, bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan pantas 0% – 100% dalam masa 74 minit, pilihan memori terbina 128GB/256GB/512GB termasuk sokongan sdcard sehingga 1 Terabyte dan kamera 108MP (kamera utama) , 48MP (10x optical zoom), 12MP (kamera ultra wide).

Black Shark dilihat taknak mengalah dan berkemungkinan melalui , akan memperkenalkan Black Shark 3 dilengkapi dengan ram sebesar 16GB. Spesifikasi lain masih dirahsiakan akan tetapi anda boleh menjangkakan BS3 sebagai sebuah smartphone gaming, akan hadir dengan spesifikasi tercanggih pada 2020.

Kedua-dua Galaxy S20 Ultra dan Black Shark 3 akan menggunakan teknologi rangkaian 5G.

Baca : Ikuti 10 Cara Untuk Lajukan Smartphone Anda. Edisi 2020!

Jika rumours kedua-dua ini benar, kita akan melihat perlumbaan smartphone dengan 16GB Ram termasuk daripada ASUS yang terkenal dengan siri ROG mereka.

  •  
  •   
  •   
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here