Ikuti 10 Cara Untuk Lajukan Smartphone Anda. Edisi 2020!

Cara Untuk Lajukan Smartphone selepas digunakan sekian lama. Antara benda yang kerap terjadi bila dah pakai sesuatu smartphone untuk satu tempoh yang lama ialah, ianya akan menjadi semakin perlahan dan kadangkala lag 24/7. Jadi, apa cara untuk lajukan smartphone anda pada tahun 2020 ini?

cara lajukan smartphone

Sebelum bermula, sebenarnya penting untuk anda tahu terlebih dahulu faktor-faktor yang menyebabkan smartphone masing-masing semakin slow dan sangkut-sangkut ketika digunakan. Banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini, kami ringkaskan kepada beberapa point utama supaya mudah anda fahami.

Antara faktor utama smartphone jadi perlahan ialah :-

1- Spesifikasi smartphone yang rendah (low-end, entry-level), tidak mampu menampung cara penggunaan anda.
2- Size RAM yang kecil dan tidak mencukupi.
3- Terdapat aplikasi yang bermasalah, menggunakan terlalu banyak kuasa.

Jadi, apa cara terbaik untuk memastikan smartphone anda kekal laju seperti baru dibeli?

1 – Set Animation Scale kepada 0.5 .

  • Animation Scale pada kebanyakkan smartphone telah ditetapkan kepada 1.0 secara default.
  • Anda boleh mengubah Animation Scale peranti masing-masing untuk menjadikannya berkali ganda lebih laju dan smooth.
  • Aktifkan Developer Option dengan cara menekan sebanyak 7 kali pada bahagian “Setting > About Phone > Build Number”.
  • Scroll kebawah dan cari bahagian Animation Scale, tukarkan nilai kesemuanya kepada 0.5 dan lihat hasilnya.

2- Minimakan penggunaan aplikasi.

  • Gunakan aplikasi yang penting dan anda minat sahaja, minimakan pemasangan aplikasi pada smartphone dapat membantu anda menjimatkan ruangan storan peranti masing-masing.
  • Tidak perlu memasang dan menggunakan 20 jenis aplikasi edit gambar, pilih 2 terbaik dan itu sebenarnya sudah mencukupi.

3 – Gunakan launcher yang ringan dan laju.

  • Elakkan dari guna launcher yang terlalu fancy , penuh dengan fungsi dan animasi yang tidak berguna.
  • Launcher yang paling ringan pernah kami cuba ialah Nova Launcher dan ianya penuh dengan fungsi yang amat berguna.

4  – Buang segala aplikasi bloatware.

  • Aplikasi Bloatware ni sejenis aplikasi tidak berguna yang terpasang di dalam peranti anda.
  • Kenali aplikasi yang anda jarang guna atau tak gunakan langsung dan uninstall atau disable kan aplikasi tersebut. Ini akan membantu menjimatkan storage anda.

5 – Disable atau nyahaktif notifikasi aplikasi yang tidak digunakan.

  • Trend kebanyakkan aplikasi sekarang ialah menghantar notifikasi pada pengguna. Ini termasuk laman web yang memaparkan notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan.
  • Terlalu banyak notifikasi mampu menyebabkan peranti anda menjadi berat, jadi kurangkan atau nyahaktif notifikasi yang tidak digunakan.

6 – Buang aplikasi atau permainan yang bermasalah.

  • Percaya atau tidak, terdapat aplikasi bermasalah yang kadangkala dipasang tanpa sedar, dimana ia selalunya akan menyebabkan pop-up iklan selalu keluar pada smartphone anda.
  • Kenalpasti aplikasi bermasalah yang anda pasang dan uninstalled atau buang secepat mungkin.

tips lajukan smartphone

7 – Gunakan Aplikasi Versi Ringan.

  • Kebanyakkan aplikasi yang dihasilkan sekarang mempunyai versi ringan atau Lite mereka tersendiri. Antara yang terkenal ialah Facebook Lite, Messenger Lite, Twitter Lite dan aplikasi Google Go yang cukup ringan dan tidak memakan ruang ketika dipasang pada peranti.

8 – Bersihkan Memori Simpanan, Storage Peranti Anda

  • Kadangkala bila storage atau memori phone anda terlalu penuh, ia akan menyebabkan smartphone mengalami isu yang mungkin membuatkan ia menjadi perlahan.
  • Semak perkara yang anda simpan di dalam peranti, buang apa yang tak perlu dan manfaatkan penggunaan Cloud Storage seperti Google Drive atau Microsoft OneDrive untuk menjimatkan ruang peranti.
  • Perkara ini tak perlu dilakukan jika smartphone anda mempunyai ruang terbina yang amat besar.

9 – Kemaskini Perisian Peranti dan Aplikasi Kepada Versi Terbaru.

  • Ini sebenarnya amat penting akan tetapi ramai yang terlepas pandang.
  • Kebanyakkan kemaskini baru yang dikeluarkan bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang ada pada kemaskini lama.
  • Ia juga dioptimasikan sepenuhnya untuk berfungsi dengan lebih baik dan tidak menyebabkan masalah kepada peranti.
  • Kami telah menyentuh mengenai aspek ini secara mendalam di dalam artikel Kenapa Anda Wajib Pastikan Smartphone Anda Sentiasa Dikemaskini.

10 – Pasang Custom Rom

  • Ini antara paling berkesan akan tetapi bergantung kepada custom rom apa yang anda pasang pada peranti masing-masing. Antara yang paling baik untuk digunakan ialah LineageOS.
  • Awas, pemasangan custom rom hanya untuk mereka yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.
  • Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan kerana ianya amat berisiko jika anda tiada sebarang ilmu dan pengalaman.

Kebanyakkan proses penjagaan diatas tidak wajib dilakukan jika anda menggunakan peranti flagship atau super High End. Smartphone dalam kategori tersebut dilengkapi dengan hardware dan software yang memastikan peranti tidak akan mengalami sebarang isu serius yang memperlahankan smartphone.

Kesemua tips yang dikongsikan adalah secara umum sahaja, bergantung kepada peranti anda dan cara penggunaan. Ada yang sesuai untuk dipraktikan dan ada yang tidak. Tepuk skrin tanya peranti anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here