Kelebihan Dan Kelemahan Samsung Galaxy Note 10 Plus

Samsung Note 10+ merupakan salah sebuah peranti flagship yang dinanti-nantikan oleh para penggemar smartphone di seluruh dunia. Mana tidaknya, pada teaser awal (Tajuk: Note 10 Secret Selfie Camera) di akaun Youtube Unbox Therapy sudahpun mencecah 1.7 juta tontonan sebelum produk dilancarkan pada 7 Ogos yang lalu di New York, US. Maka, inilah ulasan kami tentang kelebihan dan kelemahan peranti ini.

Kelemahan

  1. Skrin refresh rate dan kamera selfie

Terkejut, kerana peranti ini dihujani komen negatif dari para Youtuber. Bermula dengan akaun MKBHD yang tidak memahami kenapa peranti flagship bernilai 1,099 USD (RM4,599) ini masih lagi menggunakan skrin 60Hz refresh rate yang jauh ketinggalan dari skrin OnePlus 7 Pro yang menggunakan 90Hz refresh rate. Ini kerana, ia mampu membuatkan pengalaman menonton drama Korea amat berbeza. Kelemahan seterusnya boleh didapati di saluran MrMobile yang mengkritik ketiadaan kamera wide selfie yang menyukarkan gambar diambil ketika detik-detik indah di Jeju Island.

  1. Bateri dan Headphone Jack

Keyakinan kami terhadap smartphone ini terus dirobak dengan channel Mrwhosetheboss yang menunjukkan bahawa bateri gergasi 4,300mah tidaklah bertahan lama seperti yang kita sangka. Bahkan, video Battery Drain Test itu membuktikan bahawa 4,300mah Note 10+ tewas kepada bateri 4,100mah Samsung S10+. Kesemua kelemahan ini terus mendapat asakan dari kebanyakan Youtuber yang menekankan tentang kehilangan headphone jack dari peranti ini sebagai satu tindakan yang kurang wajar. Meskipun ini mungkin strategi Samsung untuk membantu penjualan produk wireless earphone mereka, Galaxy Buds.

Kelemahan: Note 10 tidak lagi mempunyai headphone jack
Kelemahan: Note 10 tidak lagi mempunyai headphone jack

Kelebihan

  1. First impression dan super steady stabilization

Tetapi kelebihan smartphone ini juga tidak kurangnya. Pertamanya, first impression yang diberikan oleh peranti ini amat menakjubkan. Hampir semua yang mengkritik tentang ketiadaan headphone jack tidak dapat untuk menolak kecantikan skrin dan kehalusan kualiti binaan peranti ini. Bahagian hadapan dihadirkan dengan skrin 6.8 inci dengan Infinity AMOLED dan di bahagian belakang pula, Samsung hadir dengan warna Aura Glow yang pasti memukau sesiapa sahaja yang kali pertama memandangnya. Ini diperhebatkan lagi apabila MrMobile menyatakan keasyikan dia menggunakan camera dengan super steady stabilization yang memastikan video direkod hampir setaraf dengan kualiti kamera profesional walau di mana jua anda berada.

Kelebihan dan keunikan warna Aura Glow Note 10
Kelebihan dan keunikan warna Aura Glow Note 10
  1. Carian nota S-Pen, storage UFS 3.0 dan charger 45 watts

MKBHD pula menerangkan bahawa kini, anda boleh mencari nota yang ditulis dengan S-Pen. Ini sudah pasti memudahkan pengguna dalam mengemaskini nota-nota mereka. Tambahan lagi, saluran TechtalkTV mengalihkan perhatian kami kepada storage UFS 3.0 kerana mempunyai kelajuan 2x ganda bagi memindahkan file atau video dan ini hampir menyamai kelajuan storage Solid-State Drive (SSD). Meskipun begitu, tiada guna kepada semua kebaikan ini jika smartphone ini kehabisan bateri dan disini akaun Booredatwork.com telah membuat Charging Test untuk charger 45 watts yang baru diperkenalkan. Hasilnya, Samsung Note 10+ berjaya menjuarai pengecasan 0-100% dengan rekod masa, hanya 60 minit dan 59 saat.

Sebagai pengakhiran, memang benar bahawa Samsung Note 10+ merupakan sebuah peranti ulung yang mempunyai kelemahan dan kelebihan dalam kelasnya yang tersendiri. Tetapi dengan harga bermula dari 1,099 USD (RM4,599), kami percaya Samsung tidak memberikan usaha terbaik mereka. Ini mungkin kerana pesaing terdekat mereka, Huawei mendapat sekatan dari beberapa negara bagi memasarkan produk mereka sekaligus menyebabkan Samsung, menang tanpa bertanding dalam kalangan pengguna Android.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here