Xiomi Mi 10 – Smartphone Xiomi Pertama Kalis Air Akan Diperkenalkan

Smartphone Xiomi merupakan smartphone yang sangat terkenal dengan harga yang begitu murah. Dengan harga serendah RM 500, anda pasti dapat memiliki sebuah telefon keluaran Xiomi. Walaupun harganya yang jauh lebih murah berbanding model lain, namun Xiomi juga mempunyai ciri-ciri top-end dan reka bentuk yang sempurna.

Ada sumber mengatakan bahawa Xiomi akan megeluarkan smartphone baru mereka iaitu Xiomi Mi 10. Apa yang lebih mengejutkan peranti ini adalah yang pertama kali direka oleh Xiomi dengan fungsi kalis air. Selain itu ia dijangka akan dikeluarkan pada bulan Disember 2019.

Walau bagaimanapun masih terlalu awal untuk bercakap mengenai Xiomi Mi 10 kerana Xiomi masih lagi menambah model Mi 9 mereka seperti Mi 9 SE, Mi 9T dan Mi 9 Lite.  Namun mari kita sama sama nantikan apa keisitimewaan yang akan ditambah kepada Xiomi Mi 10 nanti!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here