Vivo V17 Pro mencabar smartphone lain dengan Kamera Dual Swafoto Pop-up

Smartphone ini bakal dilancarkan pada 20 September 2019. Berdasarkan website WinFuture, Vivo V17 Pro bakal mempunyai skrin 6.44 inci full HD+ Super AMOLED yang mempunyai pengimbas jari di bawah skrin. Jadi, anda tidak lagi perlu mengangkat ketika membuka kunci smartphone.

Kamera Dual Swafoto pop-up pula akan mempunyai 32-megapixel kamera utama dengan lens wide-angle dan 2-megapixel depth sensor. Ini membolehkan V17 pro untuk mengambil swafoto dengan mempunyai effect bokeh yang akan menaikkan lagi seri gambar.

Kamera belakang pula dikatakan akan mempunyai Quad Camera setup di mana kamera utama akan memuatkan 4-megapixel diikuti dengan 8-megapixel wide-angle lens dan dua 2-megapixel di mana salah satu darinya akan digunakan untuk mengesan kedalaman.

Dikhabarkan juga ia akan hadir dengan Qualcomm Snapdragon 675, 8GB RAM dan 128GB storage yang memastikan anda terus senang hati menggunakan smartphone ini. Tidak lupa juga Bluetooth 5.0, USB Type-C dan 3.5mm headphone jack.

Bateri dikatakan akan mempunyai kapasiti 4,100 mAh. Tetapi, harga untuk V17 Pro masih lagi belum diketahui. Teruskan menunggu update terkini di soleheen.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here