Samsung Hadir Dengan Peranti Yang Membunuh Smartphone Dan Tablet Sekaligus

Samsung hadir dengan nama yang ringan di bibir iaitu, Samsung Fold.

Perkara paling menarik ialah melihat sendiri bagaimana sebuah smartphone berskrin 4.6 inci membesar kepada 7.3 inci dengan hanya satu lipatan (Fold). Ini telah membuka mata pengeluar-pengeluar produk teknologi yang lain di seluruh dunia berkenaan tahap kemajuan teknologi yang tiada tandingan dari sebuah syarikat yang berpangkalan di Seoncho Seoul, Korea Selatan.

Tambahan lagi, Samsung Fold dilengkapkan dengan 4G dan 5G bagi memastikan peranti ini terus relevan dengan revolusi teknologi yang begitu pantas.

Skrin Dynamic AMOLED 7.3 inci yang disediakan membolehkan penggunaan Multi-Active Window di mana anda boleh menonton video travelog di Youtube, sambil berbual dengan rakan mengenainya di WhatsApp dan menempah hotel di Trivago. Semua 3 aktiviti mampu dilakukan dalam masa yang sama dengan Samsung Fold. Si kecil 4.6 inci pula membolehkan anda menyimpan peranti ini di dalam poket di samping penggunaan biasa sebuah smartphone.

Semua ini tidak mustahil dengan kehadiran gergasi RAM 12GB dan 512GB ROM yang memastikan kelancaran dan ketenangan fikiran ketika melakukan kerja yang intensif atau menonton movie bersama si dia.

Tidak akan ada movie yang terganggu dek kerana kehabisan bateri lagi. Ini kerana duo-bateri yang setiap satu berkapasiti 4,380 mAH akan menghasilkan jumlah bateri 8,760 mAH. Hasilnya, satu caj penuh akan membolehkan penggunaan 2 hari penuh tanpa ragu.

Peranti ini menumpukan pada market segmen high end kerana harganya bermula dari RM8,300 ($2,000). Kebanyakan tempat, harganya melebihi itu disebabkan caj penghantaran dan kos cukai yang dikenakan kepada peranti ini.

Pada 6 September esok, peranti ini akan mula ditawarkan di Korea Selatan sebelum boleh didapati di negara-negara maju yang lain seperti France, German, United Kingdom dan Singapore pada 18 September 2019.

Sebelum terlupa, Samsung juga akan memperkenalkan customer experience yang baharu bagi memberi lebih kepuasan terhadap pengguna Samsung di seluruh dunia. Nantikan berita mengenai ini dalam masa yang terdekat di soleheen.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here