Realme X2, 8GB, SD 770 dan 64MP Camera – Berbaloikah ?

Dua minggu lepas, Realme baru sahaja melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Realme XT yang dilengkapi dengan Snapdragon 712. Realme yang juga merupakan  sub-brand Oppo semakin digemari kerana harganya yang berpatutan. Baru-baru ini Realme mengumumkan akan melancarkan sebuah lagi smartphone mereka iaitu Realme X2  pada 24 September nanti ,

Ia dilihat mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan Realme XT. Namun ia ditambah baik dengan menggunakan Snapdragon 770 serta mempunyai Camera 64MP.

Selain itu apa yang lebih menarik lagi,  Realme X2 bakal memperkenalkan ciri-ciri baru seperti rakaman video dengan fungsi ultrawide 8MP dan juga kesan bokeh.  Menurut sumber , harga yang ditawarkan untuk peranti ini ialah sekitar ~RM 938 .

Pada pandangan saya, smartphone ini masih berbaloi untuk dimiliki bagi pengguna biasa. Namun sekiranya anda inginkan smartphone yang berprestasi tinggi, maka Realme bukanlah menjadi pilihan utama anda.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here