Huawei Mate 30 Pro – Rakaman Video Gerak Perlahan Terbaik 2019

Huawei Mate 30 Pro yang telah dilancarkan baru-baru ini di Munich sememangnya menjadi perhatian ramai pihak. Setelah kejayaan Huawei memperkenalkan Huawei Mate 20 pada tahun lepas, kini Mate 30 Pro pula menjadi pilihan penggemar Huawei.  Antara ciri yang menarik perhatian kami ialah Huawei memperkenalkan rakaman video gerak perlahan yang terbaik setakat ini iaitu dengan tetapan 720P  dan mampu mencapai 7,680fps. Ia sekaligus meninggalkan pesaing pesaing yang lain seperti smartphone Samsung.

Smartphone ini menawarkan beberapa tetapan untuk menghasilkan rakaman video gerak perlahan yang terbaik.

  • 1080p pada 120 fps = 4x kelajuan
  • 1080p at 240 fps = 8x kelajuan
  • 1080p at 960 fps = 32x kelajuan
  • 720p at 1920 fps = 64x kelajuan
  • 720p at 7680 fps = 256x kelajuan

Jadi, pengguna boleh memilih sejauh mana kualiti video gerak perlahan yang diingini . Selamat mencuba !

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here