Xiaomi Mi8 Lite Terima Kemaskini Android 9.0 Pie

Xiaomi Mi8 Lite hari ini menerima kemaskini MIUI10 Global Stable berasaskan Android 9.0 Pie sekaligus menamatkan penanti pengguna yang menunggu kemaskini tersebut dikeluarkan. Kemaskini bersaiz 1.7GB berasaskan MIUI10 versi 10.2.2 itu dikeluarkan khas untuk Xiaomi Mi8 Lite pasaran Global.

Kemaskini boleh dilakukan secara manual dengan memuat turun file firmware MIUI10.2.2 dan install menggunakan aplikasi Updater ataupun anda hanya perlu tekan butang Check for Updates, kemudian muat turun dan install seperti biasa.

Mi 8 Lite telah ditawarkan untuk pengguna di Malaysia tidak lama dahulu dan kini boleh didapati pada harga RM999 melalui halaman rasmi LazMall Mi Malaysia . Menyentuh mengenai spesifikasi, ini merupakan antara peranti kelas pertengahan yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Baca : Android Pie Untuk Siri Asus Zenfone Max Dikeluarkan April Ini
Baca : Black Shark 2 Diperkenalkan – Ini Kelebihan Anda Patut Tahu!
Baca : Redmi 7 Diperkenalkan – Ini Kelebihan Redmi Anda Patut Tahu!

Smartphone tersebut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 660, pilihan ram dan memori dalaman sebesar  4GB ram/64GB memori dan 6GB ram/128GB memori, skrin HD penuh bersaiz 6.26 inci, sokongan dwi-sim, kamera utama dwi-lensa 12MP+5MP, kamera selfie 24MP dan bateri sebesar 3350mAh. Mi8 Lite turut menyokong fungsi Face Unlock berasaskan infrared yang terdapat pada kamera hadapan smartphone tersebut.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here