Redmi Note 7 Pro vs Note 7 – Kelebihan Dan Kekurangan

Redmi Note 7 bakal ditawarkan di Malaysia pada harga jangkaan dibawah RM1000 dan secara atas kertas, ianya amat berbaloi untuk dimiliki. Tidak hairan lah smartphone ini menjadi bualan rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk memiliki peranti tersebut.

Xiaomi turut memperkenalkan variasi Pro peranti tersebut yang dilengkapi dengan spesifikasi jauh lebih baik termasuk kamera 48 megapiksel nya menggunakan sensor Sony IMX586, sama seperti yang terdapat pada Huawei View 20.

Jadi apa perbezaan dan persamaan antara kedua-dua peranti Redmi ini ?

APA YANG BERBEZA?

1- CIP PEMPROSESAN 

Redmi Note 7 Pro menggunakan cip pemprosesan premium kelas pertengahan yang lebih baik iaitu Snapdragon 675 (11 nm) berbanding Snapdragon 660 (14nm) pada Redmi Note 7. Secara mata kasar, anda mungkin tidak akan melihat perbezaan yang ketara dari segi prestasi secara keseluruhan.

Akan tetapi Qualcomm menyatakan bahawa Snapdragon 675 dilengkapi dengan ciri-ciri “gaming enhancement”, satu mekanisme yang dipercayai menyerupai Turbo Boost milik Huawei dan Honor, ini sekaligus meningkatkan prestasi gaming peranti yang menggunakan Snapdragon 675.

Cip pemprosesan ini juga kini menyokong smartphone dengan tiga lensa terbina dengan lebih baik, menjadikan kualiti gambar yang terhasil melalui gabungan tiga lensa kamera lebih tinggi dan berkualiti. Ia juga membolehkan kamera dan software smartphone mengambil gambar bokeh yang digabungkan dengan ciri HDR secara serentak.

Bahasa mudahnya ialah, Snapdragon 675 pada Redmi Note 7 Pro berkali ganda lebih baik berbanding Snapdragon 660 pada Redmi Note 7 walaupun kedua-dua processor tersebut berada dalam kelas pertengahan premium.

2- SENSOR KAMERA

Kedua-dua smartphone menggunakan kamera yang sama secara luaran iaitu 48 megapiksel, akan tetapi jika diteliti pada bahagian sensor yang digunakan ianya berbeza.

Redmi Note 7 Pro menggunakan sensor milik Sony iaitu IMX586 dimana secara atas kertas, mampu menghasilkan gambar 48 megapiksel lebih baik berbanding sensor kamera Samsung ISOCELL GM-1 yang digunakan pada Redmi Note 7 biasa.

Perdebatan mengenainya sensor mana yang lebih baik dalam aspek ini agak hangat, namun rata-rata pendapat menyebelahi sensor Sony IMX586. Jika difikirkan, ada sebab mengapa Xiaomi menggunakan IMX586 pada Redmi Note 7 versi PRO menandakan ianya adalah satu penambahbaikan berbanding Note 7 asal yang dilakukan secara senyap.

Dibawah ini merupakan hasil gambar yang diambil oleh  Lin Bin, co-founder dan Presiden Xiaomi menggunakan kamera 48 megapiksel Redmi Note 7 Pro sensor Sony IMX586.

Dan ini gambar daripada kamera Redmi Note 7 versi biasa

3- PILIHAN RAM DAN MEMORI TERBINA BERBEZA

Redmi Note 7 Pro hadir dengan dua variasi ram dan memori terbina yang berbeza iaitu 128 GB memori/6 GB RAM atau 64 GB memori/4 GB RAM. Redmi Note 7 biasa pula ditawarkan dalam 3 pilihan berbeza iaitu 64 GB/4GB ram, 64GB/6 GB RAM dan 32 GB/3 GB RAM.

Kedua-dua smartphone menyokong penggunaan sdcard sehingga 256GB.

4- HARGA BERBEZA

Redmi Note 7 versi biasa akan ditawarkan di Malaysia pada 19 Mac 2019 akan datang pada harga jangkaan dibawah RM1000 namun tidak dapat dipastikan variasi mana yang akan dibawa masuk.

Berbeza dengan Redmi Note 7 Pro yang hingga kini tiada maklumat rasmi dikongsikan buat pengguna di Malaysia. Mungkin kah Mi Malaysia akan membuat kejutan dengan membawa masuk dan menawarkan Redmi Note 7 Pro serentak dengan versi biasa? Harap-haraplah.

APA YANG SAMA?

Dari segi persamaan pula, selain dari 3 perbezaan yang cukup ketara disenaraikan diatas, kedua-dua peranti Redmi Note 7/Pro ini tidak berbeza diantara satu sama lain. Kedua-duanya dilengkapi sistem operasi MIUI10 berasaskan Android 9.0. Skrin bersaiz 6.3 inci dengan rekaan notch yang sama, kamera selfie 13 megapiksel, bateri sebesar 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W, pengimbas cap jari dibelakang termasuk bicu audio(!).

Jadi , kami hanya mampu mengharapkan Mi Malaysia membuat kejutan dengan membawa masuk dan menawarkan Redmi Note 7 Pro versi 6GB ram dan 128GB memori terbina untuk pengguna. Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here