Redmi Note 7 Di Malaysia Berharga RM649 – Tiada Lebih Baik?

Redmi Note 7 dilancarkan di Malaysia pada harga serendah RM649 bagi model versi asas. Dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan, ramai menganggap tiada smartphone lebih baik dan berbaloi untuk dimiliki selain RN7 tersebut.

Adakah benar?

Secara atas kertas, memang benar bahawa susah untuk jumpa pilihan yang lebih baik berbanding Redmi Note 7. Berikut merupakan spesifikasi penuh peranti ini yang akan mula dijual di Malaysia pada penghujung Mac akan datang.

SPESIFIKASI
SISTEM OPERASI MIUI10 berasaskan Android 9.0 Pie
PROCESSOR  Snapdragon 660 (14 nm)
KAMERA UTAMA 48MP + 5MP
KAMERA SELFIE 13MP HDR
SAIZ SKRIN 6.3 inci HD Penuh 1080p
RAM 3GB | 4GB
MEMORI   32GB | 64GB | 128GB
BATERI 4,000 mAh (Pengecasan pantas, Quick Charge 4+)

 

Jika dilihat dari segi spesifikasi, penggunaan cip processor Snadragon 660 yang merupakan antara processor kelas pertengahan terbaik milik Qualcomm, sudah cukup untuk meletakkan peranti tersebut di senarai teratas yang berbaloi untuk dimiliki. Redmi Note 7 untuk pasaran Malaysia hadir dalam tiga konfigurasi ram dan memori dalaman yang berbeza iaitu 3GB ram/32GB memori, 4GB ram/64GB memori dan 4GB ram / 128GB memori.  Variasi 4GB ram merupakan yang paling sesuai untuk anda yang ingin bermain games menggunakan peranti ini, elakkan versi 3GB jika games yang dimain adalah games HD.

Redmi Note 7 menggunakan kamera dwi-lensa 48MP + 5MP. Sensor yang digunakan merupakan sensor kamera Samsung ISOCELL GM-1, yang mana ia menjadi perdebatan hangat memandangkan sebenarnya ia hanya menyokong maksimum saiz megapiksel sebesar 12 megapiksel akan tetapi berupaya menghasilkan gambar dengan kualiti 48 megapiksel. Bermaksud, 48 megapiksel yang ada pada Redmi Note 7 bukanlah 48 megapiksel sebenar.

Melihat kepada gambar contoh yang dikongsikan diambil menggunakan kamera peranti tersebut, ianya masih dikategorikan sebagai amat baik untuk sebuah peranti bajet dibawah RM1000.

Kelebihan lain yang ada Redmi Note 7 ini ialah saiz bateri yang digunakan. Smartphone dengan bateri bersaiz 4,000mAh dan dijual pada harga permulaan RM679. Anda tidak akan menjumpai smartphone lain yang mempunyai nilai berbaloi yang sama.

PESAING TERDEKAT

Kebanyakkan pesaing terdekat yang ada adalah peranti Xiaomi sendiri. Apa yang membezakan hanyalah AP set dan Local MY set. Pilihan kami ? Sudah tentu Xiaomi Mi Note 3. Sebuah peranti yang tidak ditawarkan di Malaysia secara rasmi oleh Mi Malaysia akan tetapi dibawa masuk oleh penjual tempatan. Harga semasa Mi Note 3 ketika artikel ini ditulis adalah sekitar RM700++ namun semakin sukar untuk didapati.

Baca : Review Kelebihan Dan Kekurangan Xiaomi Mi Note 3

Pilihan kedua ialah Xiaomi Mi A2, sebuah peranti Android One yang menggunakan spesifikasi yang hampir sama dengan Redmi Note 7 kecuali pada kamera dan saiz bateri. Harga semasa ketika artikel ini ditulis juga berada dalam lingkungan RM800.

Pesaing dari jenama lain agak sukar untuk dijumpai. Kebanyakkan model jenama lain yang ditawarkan pada harga dibawah RM1000, menggunakan spesifikasi yang agak rendah dan tidak memuaskan hati.

Xiaomi dilihat telah menetapkan satu standard untuk peranti kelas pertengahan yang amat tinggi. Agak sukar untuk jenama lain melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Xiaomi, iaitu menawarkan smartphone kelas pertengahan pada harga serendah RM679.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here