Redmi Note 7 128GB, Redmi 7 Bakal Ditawarkan Di Malaysia ?

Redmi Note 7 bakal diperkenalkan di Malaysia pada 19 Mac ini dan Mi Malaysia mungkin akan membuat kejutan dengan menawarkan dua model terbaru siri Redmi iaitu RN7 versi storan 128GB dan juga Redmi 7 yang masih belum diperkenalkan.

Untuk rekod, buat masa ini hanya Note 7 versi 32GB dan 64GB sahaja yang diperkenalkan kepada umum manakala versi ruangan storan lebih besar iaitu 128GB hanya sekadar desas-desus yang bertiup kencang. Perkara tersebut mungkin bakal menjadi kenyataan apabila Mi Malaysia melalui halaman rasmi Lazada mereka menyenaraikan Redmi Note 7 versi 128GB bakal dijual kepada pengguna.

Semakan lanjut kami di Shopee mendapati terdapat penjual tempatan yang menyenaraikan Redmi Note 7 128GB / 4GB ram dijual pada harga RM1299 dengan perlindungan waranti berkemungkinan daripada Mi Malaysia sendiri. Ianya walaubagaimanapun masih belum disenaraikan secara rasmi dan berkemungkinan menunggu pelancaran pada 19 Mac ini.

Ini bertepatan dengan maklumat awal yang diperolehi melalui survey dilakukan oleh CEO Xiaomi, Lei Jun yang memberi petunjuk Redmi Note 7 variasi 4GB ram dan 128GB memori terbina bakal diperkenalkan. Spesifikasi yang lain masih lagi sama termasuk cip pemprosesan Snapdragon 660, kamera dwi-lensa 48 megapiksel + 5 megapiksel, kamera selfie 13MP, Android 9.0 Pie berasaskan MIUI10 dan bateri sebesar 4,000mAh.

Baca : Huawei Nova 4e vs Redmi Note 7 – Kelebihan Dan Kekurangan

Manakala dalam satu perkembangan lain, model terbaru Redmi 7 berkemungkinan akan turut diperkenalkan di dalam acara yang sama pada 19 Mac ini. Peranti tersebut dilihat muncul di dalam pangkalan data SIRIM membawa maksud ia akan diperkenalkan untuk pengguna Malaysia tidak lama lagi.

Redmi 7 menggunakan spesifikasi kelas permulaan antaranya cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 632,  ram sehingga 4GB, kamera utama dwi-lensa 12MP + 8MP, kamera selfie 8 megapiksel, Android 9.0 Pie berasaskan MIUI10, skrin HD penuh bersaiz 6.3 inci dan bateri sebesar 4,000mAh.

Perkara ini walaubagaimanapun tidak disahkan oleh Mi Malaysia dan peminat terpaksa menunggu pengumuman yang bakal diadakan pada 19 Mac 2019 kelak. Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here