Realme 2 Pro, 8GB Ram, SD660 Berharga RM899 27 Mac Ini

Realme 2 Pro sekali lagi bakal ditawarkan serendah RM899 di Malaysia pada 27 Mac akan datang melalui promosi sambutan hari jadi Lazada. Ini sekaligus menjadikan ianya sebagai peranti paling berbaloi untuk dimiliki. Smartphone tersebut dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan termasuk ram sebesar 8GB dan memori dalaman sebesar 128GB.

Spesifikasi lain peranti ini ialah termasuk cip pemprosesan Snapdragon 660, skrin HD penuh bersaiz 6.3 inci, ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, kamera utama dwi-lensa 16MP+2MP, kamera selfie 16MP dan bateri sebesar 3500mAh. Jika dilihat dari segi spesifikasi, ini merupakan satu-satunya smartphone yang ditawarkan dibawah RM1000 bagi versi 8GB ram dan 128GB memori terbina.

Untuk mendapatkan harga promosi tersebut, mereka yang berminat perlu meletakkan Realme 2 Pro ke dalam bakul pembelian (add to cart) lebih awal dan melakukan pembayaran sepantas mungkin apabila tiba 27 Mac akan datang.

Realme bagi yang tidak mengetahui, merupakan sub-brand kepada OPPO dimana ia menggunakan ciri-ciri yang sama seperti kebanyakkan peranti OPPO yang lain termasuk sistem operasi berasaskan ColorOS. Generasi baru ketiga iaitu Realme 3 telah pun dilancarkan di Malaysia bari-baru ini membawakan tanda harga RM599 bagi versi asas bukan Pro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here