Kelebihan Dan Kekurangan Smartphone AP Set vs Original Set

Kelebihan dan kekurangan smartphone AP / Import set berbanding original/ local set di Malaysia,satu topik yang bagi saya patut dibincangkan untuk memberi gambaran jelas mengenai perbezaan dari segi kelebihan dan kekurangan smartphone AP set vs Local Set.

Dalam artikel “Smartphone AP Set Kini Tidak Lagi Relevan?“, saya ada menyatakan beberapa perbezaan antara import set vs local set termasuk penerangan ringkas mengenai definisi sebenar kedua-dua set tersebut.

Secara ringkasnya, AP set/Import set adalah sebuah model smartphone original yang ditawarkan oleh penjual tanpa sebarang waranti rasmi untuk pasaran tempatan daripada pengeluar smartphone berkenaan. Manakala set tempatan/ set rasmi / local set ialah smartphone yang dibawa masuk oleh pengedar rasmi yang dilantik/diperakui oleh pengeluar smartphone sebagai pihak yang akan menguruskan penawaran rasmi smartphone mereka di pasaran tempatan. Ini termasuk aspek pengurusan waranti jika terdapat masalah.

Contoh pengedar rasmi bagi pengeluar smartphone ialah Mi Han Sdn Bhd mewakili jenama OnePlus dan EIN (Era International Network) bagi jenama seperti Xiaomi (mewakili Mi Malaysia). Beberapa jenama lain mempunyai wakil mereka sendiri yang bertapak di Malaysia seperti Samsung Malaysia, Sony Malaysia dan lain-lain.

Mengapa AP / Import set dijual di Malaysia jika setiap jenama ada wakil mereka?

Senario yang perlu anda faham mengenai perkara ini ialah :-

1- Keadaan ini sering berlaku ketika sesebuah smartphone dilancarkan diluar negara akan tetapi mengambil masa atau tidak ditawarkan langsung di Malaysia. Contoh : Siri Google Pixel yang diperkenalkan oleh Google. Buat masa ini, smartphone tersebut tidak pernah dijual secara rasmi di Malaysia, set yang dijual sehingga sekarang ialah yang dibawa masuk oleh penjual tempatan dimana urusan berkaitan waranti (jika bermasalah) akan diuruskan oleh pekedai sendiri dan dihantar semula ke US.

2- Kebiasaannya,pengedar rasmi memerlukan masa beberapa minggu selepas pelancaran rasmi untuk menawarkan peranti baru kepada pengguna. Contoh : Redmi Note 7 diperkenalkan pada bulan Januari yang lalu akan tetapi hanya akan ditawarkan kepada pengguna pada 19 Mac 2019, kira-kira 2 bulan selepas pelancaran peranti tersebut.

BacaRedmi Note 7 Pro vs Note 7 – Kelebihan Dan Kekurangan

Sebab utama AP set dijual di Malaysia adalah kerana terdapat permintaan daripada pengguna yang tidak sabar menunggu set tempatan / original local set dijual secara rasmi. Ini termasuk ada permintaan daripada pembeli untuk mendapatkan smartphone yang tidak dijual secara rasmi di Malaysia seperti Google Pixel.

Jadi apa kelebihan dan kekurangan smartphone AP/Import set vs Original Local Set?

Kelebihan Membeli Set Smartphone Rasmi Tempatan (Local set)

  • Membeli set rasmi tempatan akan memudahkan pelbagai perkara.
  • Smartphone yang dijual diperakui selamat untuk digunakan oleh pengguna negara ini kerana peranti disaring oleh badan berkuasa seperti SIRIM.
  • Ianya dijual dimana-mana ( hampir setiap kedai).
  • Perisian (software) yang 100% sesuai untuk pengguna di Malaysia tanpa sebarang aplikasi sampah (bloatware) berbahasa asing (tidak semua jenama).
  • Hardware yang 100% sesuai untuk pengguna Malaysia termasuk pengecas UK plug, kotak bungkusan global berbahasa inggeris dll.
  • Urusan berkaitan waranti jika terdapat masalah dapat diselesaikan dengan mudah memandangkan setiap jenama mempunyai pusat servis rasmi mereka sendiri.
  • Nilai jual semula ( used market ) yang lebih tinggi dan pasaran pembeli berpotensi yang lebih luas dan ramai.

Kekurangan Membeli Set Rasmi Tempatan

  • Tak banyak sebenarnya, lebih kepada tiada langsung kecuali harga yang sedikit lebih tinggi berbanding import set.

Kelebihan Membeli Smartphone AP Set

  • Dijual lebih awal berbanding set rasmi. Jadi, anda boleh beli awal untuk menunjuk dan menghebahkan kepada orang ramai bahawa anda orang pertama di Malaysia yang memakai smartphone tersebut, walaupun pada hakikatnya tiada siapa peduli.
  • Lebih murah. Tidak dinafikan, AP set kadangkala dijual sedikit lebih murah berbanding harga rasmi memandangkan kos yang terlibat lebih sikit dan tiada jaminan waranti menyeluruh untuk peranti yang dijual.


Kekurangan Membeli Smartphone AP Set

  • Berisiko. Peranti import yang dijual secara tidak rasmi berisiko untuk berlaku masalah serius memandangkan ianya tidak disemak dan disahkan selamat oleh badan berkuasa seperti SIRIM.
  • Software yang tidak sesuai untuk pengguna Malaysia. Contoh : Smartphone AP set dari China tidak dilengkapi dengan Google Play Store dan Google Account ( leceh untuk install ). Ini walaubagaimanapun tidak meliputi semua jenama, kebanyakkan peranti dengan software berbeza adalah peranti dari China.
  • Hardware yang tidak sesuai untuk digunakan di Malaysia seperti kepala pengecas yang memerlukan adapter sebelum dapat digunakan.
  • Urusan berkaitan waranti agak leceh. Jika seller tersebut baik hati dan bertanggungjawab, itu tidak mengapa dan anda bernasib baik. Jika sebaliknya? Anda fikir sendiri.
  • Risiko ditipu agak tinggi ( scammer ). Ini yang bahaya terutama jika anda membeli peranti AP set dari luar negara secara atas talian. Bayar harga ribuan ringgit, namun yang sampai ialah batu-bata yang dibungkus rapi.
  • Tiada sokongan dari pengedar dan pengeluar. Ini biasa berlaku dimana kebanyakkan pengeluar dan pengedar rasmi tidak akan bertanggungjawab terhadap peranti AP set yang dibeli pengguna.
  • Risiko menggunakan peranti khas untuk sesebuah negara yang tidak disokong pasaran Global. Xiaomi sebagai contoh, tidak lagi membenarkan peranti mereka yang dikhususkan untuk pasaran sesebuah negara, diimport ke negara lain dan rom smartphone tersebut ditukar kepada Global rom, sesetengah memanggil tindakan tersebut sebagai “Out-of-region MIUI restrictions”. Kedegilan pengguna untuk tetap memasang Global rom pada peranti yang dikhaskan untuk pasaran China, boleh mengakibatkan peranti mereka rosak dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Itu dia sedikit sebanyak mengenai kelebihan dan kekurangan smartphone AP set berbanding set rasmi tempatan. Jika ada isi penting yang kami tertinggal atau anda mempunyai pendapat sendiri mengenai perkara ini, boleh ajukan di ruangan komen.

Jadi, apa seterusnya?

Kami akan berkongsi Tips Membeli Smartphone AP Set, Tips Membeli Smartphone dan Alatan Elektronik Di Atas Talian dan beberapa yang lain. Kesemua topik tersebut akan kami ulas dalam artikel berasingan termasuk di saluran Youtube rasmi soleheen.com. Jadi pastikan anda subscribe channel kami awal-awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here