Huawei P30 Pro – Kelebihan Huawei Kali Ini Lain Macam!

Huawei P30 Pro dijangka akan diperkenalkan dengan kelebihan yang mungkin sukar untuk ditandingi oleh smartphone jenama lain. Setakat ini, beberapa maklumat awal peranti tersebut yang tersebar menunjukkan siri Huawei P30 akan membuatkan pengeluar jenama smartphone lain berpeluh untuk bersaing dengan model tersebut.

Huawei P30 Pro

Berikut merupakan spesifikasi awal Huawei P30 Pro yang dikongsikan oleh laman XDA menunjukkan ia bakal memegang takhta peranti kamera terbaik untuk awal 2019. Mengapa awal 2019? Kerana anda harus ingat, Google akan memperkenalkan Google Pixel 4 pada hujung tahun akan datang.

Specs Huawei P30 Huawei P30 Pro
Sistem Operasi Android Pie EMUI 9.1
Paparan Skrin 6.1 inci, OLED, 2340 x 1080 6.47 inci, OLED, 2340 x 1080
Processor Hauwei Kirin 980 octa-core, 2 x 2.6, 2 x 1.92, 4 x
1.8GHz 7nm feature width, Dual NPU, ARM Mali G76 GPU
RAM 6 GB 8 GB
Memori Dalaman 128 GB 128 / 256 / 512 GB
Kamera Utama Leica Triple-Cam
40 MP Main (f / 1.8)
Wide Angle 16 MP (f / 2.2?)
Zoom 8 MP (f / 2.4)
Leica Triple-Cam
40 MP Main OIS (f / 1.6)
Wide Angle 20 MP (f / 2.2?)
Zoom 8 MP (f / 3.4)
10x Hybrid Zoom, ToF
Kamera Selfie 32 megapixels
Misc NanoMemory Card, IP68, Single / Dual Sim, NFC, Super Charge, USB Type C
Pilihan Warna Hitam, Putih, Biru Hitam, Putih, Biru, Oren
Saiz Battery 3650 mAh 4200 mAh

 

KAMERA LEBIH PADU

Seperti siri sebelum ini, Huawei P30 dilihat bakal menguasai segmen kamera terbaik yang terdapat pada sesebuah peranti. Beberapa maklumat awal menunjukan, peranti tersebut bakal menggunakan teknologi kamera baru yang tidak terdapat pada mana-mana peranti setakat ini.

Kamera P30 Pro akan menggunakan kamera 40MP Super Spectrum dilengkapi apa yang dipanggil sebagai quad Bayer RYYB filter mosaic. Ini berbeza dengan smartphone lain yang hanya menggunakan standard  RGB array. Perkara ini terlalu komplited untuk difahami dari aspek teknikal, secara ringkasnya, ia kan memberi kelebihan besar dalam aspek kurang cahaya dan gelap termasuk mampu menghasil dan mengekalkan warna gambar yang semulajadi dan realistik.

Tiga lensa kamera digunakan iaitu 20MP F/2.2 wide-angle 120 degress, 40MP F/1.6 dan 8MP F/3.4 zoom lens periscope lengkap dengan OIS. Ia akan turut menyokong maksimum ISO 409600. Sensor kamera baru yang yang terletak dibawah lampu LED Flash dipanggil ToF  (Time of Flight) akan mampu merekodkan persekitaran anda dalam bentuk 3D selain mampu menghasilkan kesan efek bokeh yang lebih realistik dan baik.

PRESTASI TIADA TANDINGAN

Jika dilihat dari spesifikasi Huawei P30 Pro ia akan menggunakan cip pemprosesan Kirin terbaik iaitu Kirin 980, ram sebesar 8GB dan pilihan memori dalaman sehingga 512GB, kamera selfie 32MP, skrin OLED melengkung bersaiz 6.47 inci, sistem operasi EMUI9.1 berasaskan Android 9.0 Pie termasuk bateri sebesar 4,200mAh bagi memastikan ia dapat bertahan lama dengan penggunaan berat.

Ciri lain ialah pengecasan pantas 42W, skrin dengan rekaan notch minimal, fungsi nyahkunci menggunakan wajah (Face Unlock), kalis air dan debu dengan rating IP68, sokongan nano sdcard milik Huawei sendiri dan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Baca :  Kelebihan Dan Kekurangan Smartphone AP Set vs Original Set
Baca : Senarai Smartphone Dengan Kamera 48MP Di Malaysia

Beberapa video awal tersebar menunjukkan baagaimana pantasnya pengimbas cap jari terbina pada skrin Huawei P30 Pro. Sejujurnya, kami merasakan ianya adalah yang terpantas selepas diperkenalkan kelak. Jenis pengimbas cap jari yang digunakan walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan samada jenis optic ataupun UltraSonic.

TARIKH PELANCARAN

Huawei P30 Pro akan dilancarkan di Paris pada minggu hadapan bersama-sama dengan Huawei P30 dan Huawei P30 Lite. Segala maklumat spesifikasi yang dikongsikan buat masa ini hanyalah berdasarkan sebaran awal dan tidak disahkan oleh Huawei. Kebiasaannya, ianya tepat.

sumber | via | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here