Huawei Nova 4e vs Redmi Note 7 – Kelebihan Dan Kekurangan

Huawei Nova 4e dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan ditawarkan pada harga yang amat berpatutan sekaligus mencabar Redmi Note 7 yang akan diperkenalkan pada 19 Mac akan datang dan beberapa peranti kelas pertengahan yang lain. Perbandingan kali ini akan dilakukan diantara Huawei Nove 4e dan juga Redmi Note 7 untuk melihat yang mana lebih berbaloi untuk dimiliki.

Kedua-dua peranti merupakan smartphone dalam kelas pertengahan dan ditawarkan pada harga yang tidak jauh berbeza. Berikut merupakan spesifikasi yang digunakan oleh Huawei Nove 4e dan Redmi Note 7. Secara atas kertas, kelebihan memihak kepada Redmi Note 7. Mengapa? Ikuti perbandingan dibawah.

Apa yang berbeza ?

1- Processor

Perbezaan ketara dapat dilihat pada spesifikasi kedua-dua smartphone. Huawei Nova 4e menggunakan cip pemprosesan kelas pertengahan Huawei sendiri iaitu Kirin 710 berbanding Redmi Note 7 yang dilengkapi dengan cip pemprosesan kelas pertengahan Qualcomm, Snapdragon 660.

2- Konfigurasi Ram dan Memori terbina

Huawei Nova 4e hadir dengan dua pilihan berbeza iaitu versi 4GB ram dan 6GB dengan memori terbina sebesar 128GB. Huawei Malaysia menawarkan variasi 6GB ram dan 128GB kepada pengguna Malaysia dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru. Huawei Nova 4e menyokong penggunaan sdcard sehingga 512GB.

Redmi Note 7 pula hadir dengan tiga variasi berbeza iaitu 3GB ram / 32GB memori, 4GB ram / 64GB memori dan 6GB ram / 64GB memori. Tiada versi 128GB memori dan buat masa ini, masih tiada maklumat rasmi dikongsikan oleh Mi Malaysia mengenai variasi mana yang akan ditawarkan di Malaysia. Redmi Note 7 menyokong sdcard sehingga 256GB.

3- Saiz Skrin

Huawei Nova 4e dilengkapi dengan skrin sebesar 6.15 inci, sedikit lebih kecil berbanding Redmi Note 7 yang menggunakan skrin 6.3 inci Corning Gorilla Glass 5. Kedua-dua smartphone menggunakan skrin HD penuh 1080p.

4- Kamera

Kedua-dua smarpthone menggunakan tetapan kamera berbeza. Huawei Nova 4e hadir dengan tiga lensa kamera 24MP + 8MP + 2MP manakala Redmi Note 7 dwi-lensa 48 megapiksel + 5 megapiksel.

Bahagian kamera selfie pula memihak kepada Nova 4e yang menggunakan kamera 32MP berbanding 13 megapiksel yang terdapat pada Redmi Note 7.

5- Saiz Bateri

Redmi Note 7 hadir dilengkapi dengan bateri sebesar 4,000mAh yang mampu memberikan pengalaman terbaik. Berbeza dengan Huawei Nova 4e yang menggunakan bateri bersaiz 3340mAh. Kedua-dua peranti menyokong fungsi pengecasan pantas 18W dimana Redmi Note 7 turut menyokong fungsi pengecasan QC4+.

Itu merupakan 5 perbezaan ketara antara Huawei Nova 4e dan Redmi Note 7. Jadi, peranti mana yang mempunyai lebih banyak kelebihan dan lebih berbaloi untuk dimiliki? Secara kasarnya, kelebihan lebih banyak memihak kepada Redmi Note 7.

Redmi Note 7 mempunyai kelebihan ketara dari segi saiz bateri yang lebih besar, cip pemprosesan yang lebih baik (maaf Kirin, ianya realiti), skrin yang sedikit lebih besar termasuk harga yang akan ditawarkan jauh lebih rendah.

BacaRedmi Note 7 Pro vs Note 7 – Kelebihan Dan Kekurangan

Huawei Nova 4e pula mempunyai kelebihan dari segi konfigurasi ram dan memori yang terbina dimana variasi yang ditawarkan di Malaysia dilengkapi dengan ram sebesar 6GB dan 128GB memori termasuk sokongan sdcard sebesar 512GB. Berbeza dengan Redmi Note 7 yang hanya hadir dengan memori terbina sebesar 64GB.

Dari segi kamera pula, agak sukar untuk menentukan yang mana lebih baik memandangkan tiada ulasan rasmi perbandingan antara kedua kamera peranti tersebut. Kelebihan memihak kepada Huawei Nova 4e dalam bab kamera selfie iaitu 32MP berbanding 13MP pada redmi Note 7. Kamera utama pula dilihat memihak kepada Redmi Note 7 dengan kamera 48 megapiksel miliknya.Walaubagaimanapun, anda harus ingat bahawa saiz megapiksel yang besar tidak menentukan kualiti gambar yang lebih baik.

Jika dilihat dari perbezaan antara kedua-dua peranti ini, tampak jelas kedua-dua peranti ditujukan kepada dua golongan pengguna yang berbeza. Jika anda seorang yang kerap bermain games pada smartphone, pilihan paling tepat untuk dipilih ialah Redmi Note 7.

Cip pemprosesan Snapdragon 660 ditambah dengan 6GB ram, skrin HD yang lebih besar termasuk bateri bersaiz 4,000mAh merupakan kriteria terbaik untuk bermain games pada smartphone.

BacaKelebihan Dan Kekurangan Smartphone AP Set vs Original Set

Huawei Nova 4e pula boleh dianggap lebih ditujukan kepada golongan wanita yang meminati aktiviti selfie dan membuat siaran langsung di sosial media masing-masing. Kamera hadapan 32 megapiksel menjadi daya penarik utama peranti ini untuk dibeli oleh kaum wanita.

Bagaimana jika anda seorang wanita yang meminati permainan mudah alih ? Jawapannya mudah. Redmi Note 7 merupakan pilihan yang tepat memandangkan resolusi kamera bukan penentu kualiti gambar yang baik. Ada kemungkinan kamera selfie 13 megapiksel pada Note 7 mampu mengalahkan kamera selfie 32 megapiksel pada Nova 4e.

Jadi, yang mana satu pilihan anda? Tepuk dompet, tanya akaun bank.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here