Harga Redmi 7 Di Malaysia Bermula Serendah RM499

Harga Redmi 7 di Malaysia akhirnya dikongsikan oleh pihak Mi Malaysia dimana ia ditawarkan pada harga serendah RM499 bagi versi asas dan mencapai RM599 bagi versi dengan ram dan memori dalaman yang lebih besar.

Peranti tersebut baru sahaja dilancarkan di China semalam dan Mi Malaysia dilihat komited untuk menawarkan smartphone Redmi mereka kepada pengguna seawal yang mungkin. Menyentuh mengenai soal spesifikasi, ia dilengkapi dengan spesifikasi kelas asas namun tidak mengecewakan dan boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki.

Redmi 7 menggunakan skrin bersaiz 6.36 inci, cip pemprosesan Snadragon 632, sistem operasi MIUI10 berasaskan Android 9.0 Pie, pilihan ram dan memori dalaman sebesar 2GB/16GB dan 3GB/32GB, kamera dwi-lensa 12MP+2MP termasuk sokongan kecerdasan buatan (A.I) yang akan membantu memberikan hasil gambar lebih baik, kamera selfie pula menggunakan sensor 8 megapiksel termasuk bateri sebesar 4,000mAh dengan sokongan pengecasan 10W.

Seperkara yang menarik mengenai Redmi 7 ialah ia masih mengekalkan audio jack atau bicu audio dan juga fungsi IR Blaster yang membolehkan ia digunakan sebagai alat kawalan peranti elektronik. Sesuatu yang jarang dijumpai pada tahun 2019 ini.

BacaRedmi 7 Diperkenalkan – Ini Kelebihan Redmi Anda Patut Tahu!

Jualan rasmi akan bermula pada 27 Mac akan datang dengan harga RM499 bagi versi 2GB/16GB dan RM599 bagi versi 3GB/32GB memori. Redmi 7 boleh mula didapati di kedai rasmi Mi Malaysia termasuk di Lazada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here