Harga Black Shark 2 Di Malaysia Bermula RM2499

Harga Black Shark 2 di Malaysia kini diketahui apabila penjual tempatan mula menawarkan set rasmi Malaysia pada harga RM2499 dan mencecah RM2999 bagi versi tercanggih peranti tersebut. Mula diperkenalkan pada 18 Mac yang lalu, pengguna Malaysia boleh mula menempah peranti tersebut dan akan diedarkan pada 2 April akan datang.

Melihat kepada spesifikasi yang digunakan dan harga yang ditawarkan, ia sekaligus menjadikan Black Shark 2 sebagai smartphone paling berbaloi untuk dimiliki. Berikut merupakan spesifikasi peranti tersebut secara ringkas.

Black Shark 2 diperkenalkan dengan peningkatan ketara dari segi teknologi skrin yang digunapakai termasuk Ludicrous Mode yang dihasilkan untuk mengawal setiap aspek yang terdapat pada peranti tersebut. Ia juga dilengkapi dengan ciri sistem penyejukan berasaskan cecair dipanggil  Liquid Cool 3.0 yang berkebolehan untuk mengurangkan suhu shingga 14°C.

Peranti ini tidak hanya memfokuskan kepada keupayaan gaming, akan tetapi turut dilengkapi dengan kamera 48MP Quad Bay sensor yang mampu mengambil gambar yang cukup cantik.

Baca : Realme 2 Pro, 8GB Ram, SD660 Berharga RM899 27 Mac Ini

Anda boleh mula menempah Black Shark 2 melalui Mobile2Go dimana ia ditawarkan pada harga RM2499 bagi versi 8GB RAM/128GB memori dan mencecah RM2999 bagi versi 12GB RAM / 256GB Memori. Setiap tempahan akan dihantar pada 2 April akan datang.

sumber | Mobile2Go

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here