Black Shark 2 Diperkenalkan – Ini Kelebihan Anda Patut Tahu!

Black Shark 2 akhirnya diperkenalkan secara rasmi, menyasarkan golongan mobile gamers dilengkapi dengan spesifikasi terbaik untuk tahun 2019. Jika dilihat dari segi spesfikasi yang digunakan, Black Shark 2 bukan peranti calang-calang.

Beberapa penambahbaikan ketara dilakukan berbanding versi Helo dan juga generasi pertama smartphone tersebut. Ia kini dikemaskini dengan fungsi dan ciri-ciri pada skrin peranti gaming tersebut yang kini lebih advance memberikan pengalaman terbaik ketika bermain games mengggunakannya.

 

Syarikat pengeluar menggunakan teknologi yang digelar sebagai Ludicrous Mode, satu mode dimana ia mampu mengawal hampir keseluruhan aspek peranti tersebut termasuk pengawalan suhu, penggunaan CPU/GPU, kepantasan network termasuk kepantasan pengecas.

Skrin peranti tersebut kini jauh lebih responsive dengan kadar input latency sekitar 43.5ms, sesuatu yang dianggap sangat baik untuk sebuah skrin sesentuh. Ia turut dilengkapi sensor khas yang mengawal penghasilan warna pada skrin, memastikan ianya sentiasa tepat dalam apa jua keadaan. Kecerahan skrin pula pada kadar 430nits dengan teknologi yang memastikan masalah flicker pada skrin tidak berlaku termasuk apa yang dipanggil sebagai Motion Interpolation yang memberi frame rate tinggi seperti TV.

Tidak cukup dengan itu, skrin Black Shark 2 juga kini dilengkapi dengan ciri Pressure Sensitive yang dipanggil Magic Press. Ciri ini memberi kelebihan terhadap kawalan permainan menggunakan skrin dan bukan controller. Magic Press membenarkan pengguna menetapkan fungsi butang pressure sensitive pada kiri dan kanan skrin, termasuk mengawal tahap sensitiviti skrin mengikut keselesaan pengguna. Untuk mengubah tetapan, pengguna hanya perlu menekan sedikit lebih kuat pada bahagian kiri dan kanan skrin.

Black Shark 2 kini menggunakan dua speaker stereo dibahagian hadapan sekaligus mengelakkan daripada speaker terhalang ketika smartphone dipegang pemain. Smartphone ini juga menggunakan antenna rekaan khas berbentuk X yang berfungsi memastikan signal tidak akan terhalang walau macam mana cara pemain memegang smartphone.

2019 menyaksikan trend menggunakan pengimbas cap jari terbina di dalam skrin dan Black Shark 2 tidak ketinggalan. Smartphone ini juga menggunakan teknologi penyejukan cecair baru yang dikenali sebagai  Liquid Cool 3.0 dimana satu sistem penyejukan besar dipasang dibahagian belakang peranti menjanjikan penurunan suhu sehingga 14°C. Jika itu tidak mencukupi buat anda, ia juga hadir dengan aksesori penyejukan tambahan yang akan membantu mengurangkan tambahan 5°C .

Spesifikasi lain ialah, cip pemprosesan terbaik Qualcomm iaitu Snapdragon 855, penggunaan bateri sebesar 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 27W, pengimbas cap jari terbina dibahagian dalam skrin dan sistem operasi Android 9.0 Pie.

Untuk konfigurasi ram dan memori dalaman pula, Black Shark 2 hadir dengan empat variasi berbeza iaitu 6GB ram/128GB memori, 8GB ram/128GB, 8GB ram/256GB dan versi 12GB ram/256GB memori. Kedua-dua ram dan memori dalaman peranti menggunakan model terbaru LPDDR4x RAM and UFS 2.1 yang cukup pantas untuk sebuah peranti.

Smartphone tersebut kini hadir dengan kamera dwi-lensa utama iaitu 48MP Quad Bay sensor dan 12 megapiksel lensa telephoto. Kamera selfie pula menggunakan sensor 20 megapiksel. Berikut antara gambar contoh yang diambil menggunakan Black Shark 2.

Peranti gaming ini akan mula dijual di China pada harga permulaan CNY 3,200
(MYR 1,946.04) bagi versi 6GB ram/128GB memori dan mencecah CNY 4,200 (MYR 2,554.18) bagi versi 12GB ram/256GB memori.

Baca : Redmi 7 Diperkenalkan – Ini Kelebihan Redmi Anda Patut Tahu!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here