Android Pie Untuk Siri Asus Zenfone Max Dikeluarkan April Ini

Asus Zenfone Max boleh di anggap sebagai antara siri smartphone ASUS terbaik dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan dan ditawarkan pada harga amat mampu milik. Tidak hairanlah siri peranti Zenfone Max mereka mendapat tempat di hati pengguna Malaysia sejak diperkenalkan tidak lama dahulu.

Dalam satu perkembangan terbaru, pihak ASUS kini dilihat telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa peranti mereka dibawah siri tersebut akan dikemaskini kepada Android Pie bermula 15 April akan datang.

Antara peranti yang terpilih ialah ASUS Zenfone Max M1,  ZenFone Max Pro M1, Max Pro M2 dan Zenfone Max M2. Pengumuman mengenai perkara tersebut diumumkan melalui sebuah video yang dikeluarkan oleh pihak mereka sendiri, menjanjikan kemaskini Android 9.0 Pie selewat-lewatnya pada 15 April.

Baca : Black Shark 2 Diperkenalkan – Ini Kelebihan Anda Patut Tahu!

Sebelum ini, pihak ASUS menyasarkan sejumlah peranti mereka akan dikemaskini kepada Android 9.0 Pie pada sepanjang tahun 2019 ini, namun tidak menyatakan secara terperinci tarikh setiap kemaskini akan dikeluarkan.

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here