Smartphone AP Set Kini Tidak Lagi Relevan?

Smartphone AP Set vs Original set, satu topik yang hangat dibincangkan sejak sekian lama di Malaysia. Antara soalan paling femes yang berlegar ialah apa beza antara keduanya, mana yang okay dan adakah berbaloi untuk mendapatkan smartphone tanpa waranti rasmi pengeluar. Untuk tahun 2019 ini, timbul persoalan, adakah smartphone AP Set ini tidak lagi relevan berbanding set rasmi tempatan.

Versi TL;DR :-
smartphone AP Set masih lagi relevan buat masa sekarang. Jangan risau.

Jika anda perasan, akhir-akhir ini, perkataan AP set sudah semakin kurang digunakan dan digantikan dengan “import set”, dua-dua masih merujuk kepada perkara yang sama iaitu peranti tanpa sebarang waranti rasmi pengeluar. Kedua-duanya dibawa masuk secara tidak rasmi oleh penjual tempatan dimana sebarang urusan berkaitan waranti akan diuruskan oleh pihak yang membawa masuk model tersebut.

Isu ini semakin hangat dengan tindakan pengeluar smartphone Xiaomi yang tidak lagi membenarkan peranti mereka yang dikhususkan untuk pasaran sesebuah negara, diimport ke negara lain dan rom smartphone tersebut ditukar kepada Global rom, sesetengah memanggil tindakan tersebut sebagai “Out-of-region MIUI restrictions”. Sebagai contoh, Redmi Note 7 untuk pasaran China yang menggunakan rom MIUI China (tanpa Google Playstore) tidak boleh dipasang Global rom (rom untuk pengguna luar China yang dilengkapi dengan aplikasi Google termasuk Playstore). Kedegilan pengguna untuk tetap memasang Global rom pada peranti yang dikhaskan untuk pasaran China, boleh mengakibatkan peranti mereka rosak dan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Perkara ini disahkan oleh pembangun di XDA Developers dan pihak Xiaomi sendiri. (sumber)

Halangan tersebut walau bagaimanapun hanya terhad kepada peranti Xiaomi tertentu sahaja, atau dalam bahasa mudahnya, hanya peranti terbaru Xiaomi akan dikenakan  “Out-of-region MIUI restrictions”. Bagaimana dengan peranti  jenama lain?

Untuk jenama lain, buat masa ini tiada halangan seperti yang Xiaomi kenakan. Beberapa jenama terkemuka seperti Google, OnePlus, Nokia dan yang lain masih tidak mempunyai halangan terhadap sistem operasi yang digunakan. Jika ada kekurangan pun hanyalah tertakluk kepada jenis kepala pengecas (2 pin, 3 pin dsb) dan jaminan waranti yang diuruskan pekedai.

Jika sebelum ini, smartphone AP set atau import set menjadi perhatian dek kerana model yang dikeluarkan ditawarkan agak lewat untuk pasaran Malaysia atau tidak ditawarkan langsung kepada pengguna di negara ini seperti peranti Google Pixel. Akan tetapi suasana kini telah berubah dimana kebanyakkan  jenama terkenal smartphone telah mempunyai pengedar rasmi mereka sendiri termasuk mempunyai kedai atas talian rasmi yang menawarkan peranti baharu secara terus kepada pengguna. Kebiasaannya, pengedar rasmi akan mengambil masa beberapa minggu dan ada antara mereka yang menawarkan peranti masing-masing serentak pada hari ia diperkenalkan.

Selain daripada peranti AP / Import set Xiaomi yang dikenakan “Out-of-region MIUI restrictions”, peranti AP/import set jenama lain dilihat masih berbaloi untuk dimiliki termasuk peranti Google Pixel, OnePlus, Nokia dan lain-lain. Risiko yang perlu anda hadapi cuma pada urusan waranti, jika mempunyai masalah, kepala pengecas yang tidak sesuai digunakan (memerlukan adapter) dan berkemungkinan sistem operasi yang dilengkapi dengan aplikasi “Bloatware” yang dikhususkan untuk sesetengah negara termasuk kemungkinan tidak dilengkapi dengan aplikasi Google Play Store.

Tips untuk membeli peranti import atau AP set ialah pastikan anda memilih kedai yang boleh dipercayai, elakkan daripada membeli dari penjual persendirian di sosial media yang tidak diketahui asal-usul, lakukan “kajian” terlebih dahulu mengenai model yang ingin dibeli sebelum pembelian dilakukan dan pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan jika peranti mempunyai masalah dari segi software dan hardware.

Kelebihan dan kekurangan perantti AP set/ Import set vs local Malaysian set akan kami ulas dalam artikel berasingan termasuk di saluran Youtube rasmi soleheen.com. Jadi pastikan anda subscribe channel kami awal-awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here