Youtube Vanced – Aplikasi Youtube Sebenar Untuk Pengguna

Youtube Vanced, kaki Youtube mungkin dah familiar dengan aplikasi ini, tapi bagi yang baru dengar, ini aplikasi Youtube sebenar untuk anda. Menyediakan pelbagai fungsi yang tidak terdapat pada aplikasi rasmi Youtube asal, ini sepatutnya yang Google patut hasilkan untuk pengguna Youtube.

Aplikasi Youtube versi yang diubah (modded) ini mempunyai pelbagai ciri dan antara yang kami gemari ialah :

1- Kebolehan untuk mendengar Youtube music apabila ketika skrin dimatikan.
2- Picture in Picture mode. Membenarkan anda membuat perkara lain sambil menonton video Youtube.
3- Kemampuan menghalang iklan.
4- Pilihan untuk mengaktifkanĀ VP9 Codec.
5- Mengawal kecerahan skrin dan volume level dengan hanya swipe keatas atau bawah.

Ada antara ciri yang terdapat pada Youtube Vanced ini telah pun rasmi pada aplikasi asal. Seperti Picture in Picture mode, buat masa ini hanya pengguna Android di US sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan PiP mode tersebut (betulkan jika kami salah). Melalui Youtube Vanced, ciri tersebut kini boleh dinikmati oleh semua pengguna. Ciri ini walaubagaimanapun, hanya boleh digunakan pada peranti yang mengguna Android 8.0 Oreo dan keatas sahaja.

Perkara menarik lain ialah, kemampuan untuk mengawal kekuatan volume dan kecerahan skrin peranti ketika sedang menonton video dalam mode skrin penuh. Anda hanya perlu swipe samada keatas atau bawah dan ini amat berguna dan sangat memudahkan buat sesetengah pengguna.

Pilihan untuk mengaktifkan VP9 Codec juga sesuatu yang amat berguna dimana ia membolehkan video ditonton pada resolusi tinggi tanpa menggunakan bandwith data yang banyak.

Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh semua pengguna walaupun anda tidak mempunyai akses root pada peranti masing-masing. Jika anda menggunakan Magisk, Youtube Vanced boleh dimuat turun dan dipasang melalui aplikasi tersebut.

Oh, pastikan anda uninstall dahulu aplikasi asal Youtube sebelum memasang Yotube Vanced atau ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Rujuk halaman rasmi XDA Dev aplikasi ini untuk mendapatkan pautan muat turun.

Muat Turun Youtube Vanced

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here