Xiaomi Redmi Note 6 Pro – Apa Kelebihan Redmi Note Kali Ini?

Xiaomi Redmi Note 6 Pro telah pun diperkenalkan sekitar akhir September lalu dan kini Mi Malaysia dilihat bakal menawarkan smartphone tersebut kepada pengguna di negara ini pada 20 Oktober akan datang. Sebagai sebuah penyambung legasi kejayaan siri Redmi Note terdahulu, apa kelebihan Redmi Note 6 Pro ini berbanding siri terdahulu ?

Smartphone ini dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan namun bukan dalam kelas kelas pertengahan premium seperti Samsung Galaxy A9 2018 atau Xiaomi Mi 8 SE yang menggunakan cip pemprosesan yang lebih baik.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 636, skrin 6.26 inci (1080 x 2280 pixels) , Android 8.1 Oreo berasaskan MIUI9, tiga pilihan ram dan memori terbina yang berbeza iaitu 3gb ram / 32GB memori dan 4GB/6GB ram dengan memori terbina 64GB, kamera utama seperti biasa dwi-lensa 12 megapiksel +  5 megapiksel termasuk dwi-kamera selfie 20 megapiksel + 2 megapiksel untuk kesan bokeh dan bateri sebesar 4000mAh.

Melihat kepada spesifikasi yang digunakan, ianya jelas dihasilkan untuk segmen peranti yang amat mampu milik. Cip pemprosesan yang digunakan merupakan cip kelas pertengahan yang boleh dianggap baru dan dilengkapi fungsi pengurusan bateri yang lebih baik. Redmi Note 6 Pro ini dijangka mampu bertahan lama dengan bateri bersaiz 4,000mAh yang digunakan.

Xiaomi dilihat mengambil keputusan untuk menggunakan Android 8.1 Oreo berasaskan MIUI9. Kedua-duanya boleh dianggap ketinggalan memandangkan Android 9.0 Pie telah pun diperkenalkan termasuk kemaskini terbaru sistem operasi mereka iaitu MIUI10. Tidak cukup dengan itu, Redmi Note 6 Pro juga menggunakan micro-USB berasaskan sambungan 2.0 disaat kebanyakkan smartphone sekarang menggunakan USB Type-C. Juga tiada fungsi pengecasan pantas disebut untuk smartphone ini.

Redmi Note 6 Pro akan diperkenalkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan rose gold. Buat masa ini tiada maklumat rasmi mengenai harga yang akan ditawarkan di Malaysia termasuk variasi yang akan dijual samada 3GB, 4GB atau 6GB ram. Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here