Xiaomi Mi Mix 3 vs Black Shark Helo – Kelebihan Dan Kekurangan

Kelebihan dan kekurangan Xiaomi Mi Mix 3 vs Black Shark Helo yang juga merupakan milik Xiaomi. Artikel kali ini akan melihat perbandingan antara dua smartphone terawal yang diperkenalkan dengan 10GB ram, yang manakah lebih berbaloi dan apa yang membezakan kedua-dua model ini?

Mungkin ada antara anda yang akan terjumpa dengan kenyataan orang lain atau kawan sendiri yang mengatakan “Sama je Xiaomi Mi Mix 3 dengan Black Shark Helo, dua-dua guna Snapdragon 845 dan 10GB ram. Dua-dua boleh ambil gambar lawa dan main games high-end.” Itu tidak berapa tepat. Kenyataannya ialah, Mi Mix 3 mungkin tidak akan dapat berikan prestasi yang sama baik dengan Black Shark Helo dalam permainan mudah-alih terutamanya untuk jangka masa panjang, dan Black Shark Helo mungkin tidak mampu memberikan kepuasan yang sama apabila menggunakan Mi Mix 3.

Xiaomi Mi Mix 3 dan Xiaomi Black Shark Helo sebenarnya berada dalam dua arena berbeza. Black Shark merupakan jenama dibawah Xiaomi yang memfokuskan kepada telefon pintar Gaming, dilengkapi spesifikasi tercanggih  yang ada di penghujung 2018 ini. Xiaomi Mi Mix 3 pula merupakan smartphone premium dibawah siri Mi Mix yang diperkenalkan buat pengguna yang inginkan sebuah telefon pintar yang cukup premium dari segi aspek rekaan dan juga spesifikasi.

Perbezaan antara kedua peranti milik Xiaomi ini sebenarnya cukup banyak, antaranya ialah :

1- Spesifikasi – Sama tapi tak serupa

Jika dilihat dari segi spesifikasi, kedua-dua peranti ini menggunakan spesifikasi terbaik yang ada di penghujung 2018 ini. Cip pemprosesan Snapdragon 845, pilihan ram samada 6GB, 8GB atau 10GB, memori dalaman yang cukup besar samada 128GB, 256GB ataupun 512GB, kamera yang diperakui DXOMark sebagai antara yang terbaik dan lain-lain.

Apa yang berbeza?

  • Skrin
    Xiaomi Mi Mix 3 hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 6.4 inci Super Amoled menggunakan rekaan skrin penuh tanpa sebarang bezel berbanding Black Shark Helo yang menggunakan skrin Amoled 6.01 inci dan masih mengekalkan rekaan tradisional dengan bezel yang sedikit lebih jelas.
  • Konfigurasi RAM dan Memori dalaman
    Mi Mix 3 walaupun dicanang hadir dengan ram sebesar 10GB, ia walaubagaimanapun hanya untuk versi edisi khas terhad yang dipanggil Palace Museum Edition dan mungkin sedikit sukar untuk diperolehi. Empat variasi berbeza iaitu 10GB ram + 512GB memori dalaman, 8GB ram + 128GB/256GB memori dan 6GB ram + 128GB memori terbina.
    Black Shark Helo pula hadir dengan 3 variasi iaitu 10GB ram + 256GB memori dalaman, 8GB ram + 128GB memori dan 6GB ram + 128GB memori.
  • Saiz Bateri
    Black Shark Helo yang merupakan smartphone gaming hadir dengan bateri yang jauh lebih besar iaitu 4000mAh berbanding 3200mAh yang terdapat pada Xiaomi Mi Mix 3.
  • Kamera
    Kedua-dua peranti menggunakan sistem dwi-kamera dimana Mi Mix 3 mempunyai dwi-kamera 12 megapiksel + 12 megapiksel manakala Black Shark Helo dengan 12 megapiksel + 20 megapiksel. Buat masa ini, kamera Xiaomi Mi Mix 3 diperakui DXOMark sebagai antara yang terbaik mengalahkan Huawei P20.
  • Sistem Operasi
    Black Shark Helo diperkenalkan dengan sistem operasi tahun 2017 iaitu Android 8.1 Oreo berbeza dengan Mi Mix 3 yang hadir menggunakan sistem operasi Android terbaru, Android 9.0 Pie. Ini memberi kelebihan kepada Mi Mix 3.
  • Pengecasan Tanpa Wayar
    Xiaomi Mi Mix 3 menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar dan berbeza dengan Black Shark Helo yang tidak dilengkapi dengan ciri yang sama.

2- Tujuan Berbeza

Ini perbezaan ketara. Siri Mi Mix direka dengan nilai estetik, mementingkan aspek kecantikan dari segi binaan dan pengalaman penggunaan. Rekaan premium siri Mi Mix merupakan antara yang terbaik yang ada pada sesebuah peranti. Mi Mix 3 dihasilkan untuk mereka yang mementingkan gaya dan rupa disamping menitikberatkan aspek prestasi yang baik. Golongan sasaran untuk Xiaomi Mi Mix 3 lebih sesuai dengan mereka yang bergelar usahawan yang mementingkan gaya atau mereka yang kerap menggunakan laman sosial, berkongsi gambar setiap masa seperti social media influencer.

Xiaomi Black Shark pula lebih memfokuskan kepada pengalaman penggunaan untuk bermain permainan mudah alih yang kini menjadi kegilaan dan perhatian ramai. Jika anda seorang gamer, hardcore mahupun casual gamer, ini peranti untuk anda. Black Shark Helo dilengkapi dengan ciri dan fungsi yang diperlukan untuk memberikan pengalaman bermain games terbaik dan berpanjangan. Sistem penyejukan yang terdapat pada Black Shark Helo dapat membantu peranti ini kekal cemerlang walaupun digunakan secara berterusan untuk satu tempoh yang panjang. Sekaligus mengurangkan risiko kepanasan melampau atau overheat pada telefon pintar tersebut.

Black Shark Helo

Seperkara yang tidak terdapat pada Xiaomi Mi Mix 3 tapi wujud pada Xiaomi Black Shark Helo ialah butang untuk mengaktifkan “Gaming Performance mode” peranti tersebut yang dipanggil “Shark Key” . Ini memudahkan pengguna untuk bersedia dengan prestasi peranti yang mampu bertahan dan beraksi dengan baik dalam tempoh permainan yang lama.

Black Shark Helo juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo dibahagian hadapan disamping akan hadir bersama dengan alat kawalan permainan yang dikhususkan untuk telefon pintar gaming tersebut.

3- Penawaran Harga

Xiaomi Black Shark Helo di atas kertas ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding Xiaomi Mi Mix 3. Bagi versi 10GB ram + 256GB memori terbina, Black Shark Helo dijual pada harga $605 (MYR 2,522.55) dan Mi Mix 3 Palace Museum Edition dijual pada harga mencecah $720 (MYR 3,002.04).

Harga bagi variasi berbeza Mi Mix 3 :
10GB ram + 256GB memori ($720 – MYR 3,002.04)
8GB ram + 128GB memori ($515 – MYR 2,147.29)
8GB ram + 256GB memori ($575 – MYR 2,397.46)
6GB ram + 128GB memori terbina ($474 – MYR 1,976.34)

Harga Black Shark Helo:
10GB ram + 256GB memori ($605 – MYR 2,522.55)
8GB ram + 128GB memori ($504 – MYR 2,101.43)
6GB ram + 128GB memori ($416 – MYR 1,736.80)

KESIMPULAN

Untuk memutuskan versi mana yang patut anda dapatkan, lihat kembali diri sendiri dan apa yang diinginkan. Jika anda cenderung kearah bermain games sepanjang masa, jangan dapatkan Xiaomi Mi Mix 3. Jika anda rasakan diri anda seorang yang lebih banyak menggunakan social media, atau mengambil gambar untuk dikongsikan di laman sosial, Mi Mix 3 adalah pilihan tepat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here