Xiaomi Mi Mix 3 Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Dibelakang, Dwi Kamera 24MP

Xiaomi Mi Mix 3 sekali lagi mencuri perhatian apabila maklumat baru mengenai smartphone tanpa bezel tersebut dikongsikan, memberikan lebih banyak gambaran mengenai apa yang Xiaomi bakal tawarkan melalui smartphone tersebut.

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa Mi Mix 3 bakal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845, 10GB ram dan sambungan data 5G, menjadikan ia smartphone pertama dilengkapi ram sebesar 10GB dan sambungan 5G. Dalam perkembangan terbaru, beberapa gambar bahagian belakang peranti tersebut dikongsikan, menunjukkan ia akan menggunakan pengimbas cap jari dibahagian belakang.

Ini sekaligus memadamkan spekulasi awal yang mengatakan Mi Mix 3 akan menggunakan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Generasi ketiga smartphone tanpa bezel tersebut juga menggunakan kemasan kaca pada bahagian belakang dan berkemungkinan akan menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar. Namun begitu, masih awal untuk memastikan kesahihannya.

Xiaomi Mi Mix 3 juga akan menggunakan dwi-kamera hadapan 24 megapiksel dan mungkin dilengkapi dengan sensor pengecaman wajah. Peranti ini akan diperkenalkan kurang seminggu dari sekarang.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here