Xiaomi Mi Mix 3 Bakal Guna 10GB RAM Dan Sambungan 5G?

Xiaomi Mi Mix  3 dikatakan akan dilancarkan pada 25 Oktober ini, kurang 10 hari dari sekarang dan pelbagai khabar angin mengenainya sedang bertiup kencang memberi andaian awal mengenai apa yang bakal ditawarkan oleh Xiaomi melalui peranti Mi Mix 3 mereka.

Dalam perkembangan terbaru, Xiaomi melalui akaun rasmi Weibo mereka memberi petunjuk awal mengenai spesifikasi Xiaomi Mi Mix 3 yang berkemungkinan bermaksud ia akan dilengkapi dengan ram sebesar 10GB dibantu dengan Snapdragon 845.

Baca : Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro Di Malaysia Bermula RM849

Gambar tersebut juga menunjukkan angka 5G, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Xiaomi tekad untuk memperkenalkan sambungan 5G pada peranti Mi Mix 3 mereka. Ia walaubagaimanapun diragui memandangkan buat masa ini tiada cip dan modem yang menyokong sambungan 5G termasuk kekurangan infrastruktur 5G di dunia ini.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Xiaomi mengenai peranti tanpa bezel mereka pada 25 Oktober akan datang.

sumber : weibo via :gsmarena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here