Xiaomi Mi Mix 2S Terima Kemaskini Android 9.0 Pie

Xiaomi Mi Mix 2s akhirnya menerima kemaskini Android 9.0 Pie berasaskan MIUI10 mulai hari ini melalui kemaskini OTA. Pengguna boleh mula menyemak aplikasi “Updater” pada smartphone masing-masing untuk melihat samada peranti tersebut telah menerima kemaskini Android 9.0 Pie ataupun tidak.

Kemaskini terbaru tersebut merupakan versi stabil, membawakan perisian MIUI10 dengan build number MIUI 10.0.3.0  PDGMIFH dan ianya dikeluarkan untuk pengguna di peringkat Global.

Ini sekaligus menjadikan Mi Mix 2S sebagai peranti Xiaomi pertama yang dikemaskini kepada Android 9.0 Pie dan kemaskini serupa untuk model Xiaomi yang lain dijangka menyusul dalam masa terdekat ini.

Menyentuh mengenai spesifikasi, Xiaomi Mi Mix 2S dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, skrin tanpa bezel bersaiz 5.99 inci, ram sebesar 8GB dan 6GB dengan pilihan memori 64GB/128GB dan 256GB,  dwi-kamera 12 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel, bateri sebesar 3400mAh dengan fungsi pengecasan pantas dan juga bicu audio atau headphone jack yang tidak dibuang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here