Xiaomi Mi 6S – Peranti Bajet Dengan Snapdragon 835?

Xiaomi Mi 6S, khabar angin bertiup sekali lagi mengenai smartphone Xiaomi, kali ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835 dan berkemungkinan akan ditawarkan sebagai sebuah smartphone bajet pada harga rendah dengan spesifikasi peranti flagship tahun 2017.

Informasi mengenai apa yang dikatakan sebagai Xiaomi Mi 6S ini tersebar di halaman penanda aras smartphone, Geekbench, sekaligus menunjukkan cip pemprosesan Snapdragon 835 digunakan untuk peranti pintar Xiaomi kali ini. Peranti ini akan turut hadir dengan ram sebesar 6GB dan sistem operasi terbaru Android, Android 9.0 Pie berasaskan MIUI10 seperti yang diterima Xiaomi Mi Mix 2S.

Tidak banyak maklumat lain dikongsikan buat masa termasuk tarikh pelancaran yang masih belum diketahui. Kebanyakkan peminat peranti Xiaomi sedang menunggu pelancaran smartphone flasghip Xiaomi dalam siri Mi Mix iaitu Mi Mix 3 yang akan dilancarkan pada 25 Oktober akan datang dilengkapi spesifkasi premium termasuk ram sebesar 10GB dan sambungan 5G pada smartphone tersebut.

Redmi Note 6 Pro akan ditawarkan pada hari minggu ini.

Dalam satu perkembangan lain, Mi Malaysia akan menawarkan peranti terbaru mereka iaitu Xiaomi Redmi Note 6 Pro pada 20 Oktober ini yang dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan termasuk cip pemprosesan Snapdragon 636 dan kemampuan kamera yang dipertingkatkan. Xiaomi Redmi Note 6 Pro akan ditawarkan pada harga bermula RM849 untuk versi asas 3GB ram 32GB memori dan mencecah RM999 bagi versi 4GB ram dan 64GB memori.

sumber : gizmochina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here