Anda Kini Boleh Menghantar Stickers Melalui WhatsApp

WhatsApp akhirnya menyokong penggunaan dan penghantaran stickers melalui aplikasi mereka di kedua-dua platform iOS dan juga Android setelah sekian lama fungsi yang sama disokong oleh aplikasi permesejan yang lain.

Kemaskini terbaru itu akan dikeluarkan secara berperingkat kepada pengguna mulai minggu ini, dimana sesetengah pengguna melaporkan bahawa mereka telah pun menerima sokongan stickers pada aplikasi WhatsApp masing-masing termasuk kami.

Jika ciri-ciri stickers ini masih belum muncul pada aplikasi WhatsApp anda, gunakan cara ini :

  • Buka WhatsApp Web pada komputer.
  • Pilih untuk menghantar chat pada kenalan.
  • Hantar stickers dengan mengklik ikon stickers bersebelahan ikon emoji.
  • Setel.

BacaSenarai Telefon Pintar Dengan 10GB Ram

Perkara ini diumumkan oleh pihak WhatsApp melalui blog rasmi mereka dan berita baik bagi anda yang ingin mencipta stickers WhatsApp sendiri, panduan menghasilkan stickers untuk dikongsikan kepada pengguna turut disediakan oleh pihak pembangun aplikasi permesejan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here