Tonton Video Persembahan Eminem Dirakam Menggunakan Google Pixel 3

Google dilihat menggunakan promosi besar-besaran untuk memperlihatkan kemampuan kamera peranti terbaru mereka, iaitu Google Pixel 3 yang merupakan kamera smartphone terbaik buat masa ini, dipuji dalam setiap ulasan yang dikeluarkan pengguna.

Dalam satu gimik terbaru, Google Pixel 3 digunakan untuk merakam persembahan rapper terkenal, Eminem yang menyanyikan lagu terbaru beliau “Venom”. Persembahan tersebut yang dilakukan pada waktu malam di atas puncakĀ  Empire State Building disertai dengan persembahan lampu LED berwarna-warni.

Video tersebut dikongsikan di halaman Youtube dan mendapat respon positif daripada penonton. Bagi kami, hasil menakjubkan ditonjolkan melalui rakaman menggunakan smartphone Google tersebut namun mungkin cara rakaman dilakukan agak kurang menarik, itu walaubagaimanapun, hanya pandangan peribadi saya.

Jadi apa pendapat anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here