Spesifikasi Samsung Galaxy A9 (2018) – 5 Kamera!

Spesifikasi Samsung Galaxy A9 (2018) akhirnya diketahui umum selepas smartphone tersebut dilancarkan secara rasmi hari ini. Dilengkapi dengan cip pemprosesan kelas pertengahan, Galaxy A9 (2018) kelihatan gah dengan kehadiran empat buah kamera utama dibahagian belakang menjadikannya lima kamera termasuk dibahagian hadapan.

Ini spesifikasi lengkap Samsung Galaxy A9 versi 2018 ini.

Kamera utama peranti ini ialah 24 megapiksel dan dibantu dengan lensa telephoto 10 megapiksel yang mampu mengambil gambar 2x zoom, lensa 8 megapiksel 120° ultra-wide angle dan 5 megapiksel yang khusus untuk menghasilkan kesan bokeh pada gambar.

Penggunaan Snapdragon 660 dengan pilihan samada 6gb atau 8gb ram meletakkan peranti ini di dalam kelas pertengahan premium, ia juga hadir dengan ruang memori sebesar 128GB berserta sokongan sdcard sehingga 512GB, bateri sebesar 3800mAh dan bahagian belakang yang diperbuat daripada kaca melengkung.

Baca : Razer Phone 2 – Apa Kelebihan Smartphone Ini?

Berita gembira untuk mereka yang tidak meminati skrin yang mempunyai notch, Samsung Galaxy A9 (2018) menggunakan skrin Amoled bersaiz 6.3 inci dan tidak mempunyai sebarang notch diatas.

Buat masa ini tiada pengumuman mengenai harga rasmi yang dikongsikan. Namun, melihat kepada spesifikasi dan gimik empat kamera smartphone tersebut, anda boleh menjangkakan harganya akan melebihi RM1500.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here