Spesifikasi OnePlus 6T – Apa Kelebihan Smartphone OnePlus?

Spesifikasi OnePlus 6T akhirnya diketahui menjelang pelancaran smartphone tersebut pada 29 Oktober akan datang. Apa kelebihan smartphone OnePlus kali ini ? Jika dilihat dalam siri telefon pintar OnePlus, siri “T” merupakan versi kemaskini peranti flagship mereka yang akan turut menggunakan spesifikasi tinggi seperti versi sebelumnya.

Maklumat yang tersebar menunjukkan beberapa pembaharuan dilakukan termasuk penggunaan skrin dengan saiz notch yang lebih kecil atau lebih dikenali sebagai waterdrop notch (sama seperti peranti OPPO). Ia juga akan dilengkapi dengan saiz bateri yang lebih besar, hadir dengan Android 9.0 Pie dan kamera hadapan dengan megapiksel lebih besar.

Baca : Senarai Telefon Pintar Dengan 10GB Ram

OnePlus 6T akan ditawarkan di Malaysia pada 30 Oktober ini, sejurus selepas pelancaran peranti tersebut. Pra-tempahan OnePlus 6T di Malaysia akan dibuka bermula 30 Oktober sehingga 7 November melalui kedai rasmi OnePlus Malaysia di Lazada Mall dan pengedar rasmi mereka.

Pelancaran smartphone ini sekaligus memberi persaingan kepada beberapa peranti lain termasuk siri Huawei Mate 20 yang cukup berkuasa terutama dari segi kamera dan juga Google Pixel 3 yang telah pun dibuka pra-tempahannya di Malaysia melalui penjual tempatan.

sumber : 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here