Spesifikasi Nokia 7.1 Plus – Apa Kelebihan Smartphone Nokia Kali Ini?

Spesifikasi Nokia 7.1 Plus yang merupakan smartphone terbaru Nokia yang akan dilancarkan pada esok hari, beberapa jam dari sekarang telah pun tersebar, termasuk beberapa gambar sekaligus memberi gambaran awal mengenai peranti tersebut sebelum pelancaran.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Nokia 7.1 Plus akan dilengkapi dengan cip pemprosesan kelas pertengahan Snapdragon 710 sama seperti Xiaomi Mi8 SE, skrin 6.18 inci (2246×1080 ), 6GB ram dan 128GB memori dalaman, dwi-kamera 12mp + 13mp, kamera selfie 20 megapiksel, Android 8.1 Oreo dan bateri sebesar 3500mAh.

Jika anda tertanya-tanya, ya, Nokia 7.1 Plus dilengkapi notch pada bahagian atas dengan rekaan bezel yang nipis, kamera Carl Zeiss dwi-lensa, pengimbas cap jari pada bahagian belakang termasuk bicu audio atau headphone jack! (sesuatu yang rare pada penghujung 2018 ini).

Smartphone tersebut akan dilancarkan di China pada harga 2699 Yuan (RM1621+-) dan masih tiada maklumat mengenai bila ia kan berada di dalam pasaran Global.

sumber : slashleaks

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here