Spesifikasi Lengkap RED Hydrogen One Dikongsikan – Holografik!

RED Hydrogen One, smartphone yang membuatkan Youtuber teknologi terkenal, MKBHD teruja. Ia dihasilkan oleh pengeluar kamera premium RED menjanjikan sebuah pengalaman penggunaan yang tidak dijumpai pada mana-mana peranti lain.

Smartphone ini akan dilengkapi dengan skrin yang berupaya membuatkan gambar yang dilihat seakan dipancarkan menyerupai Hologram, cuma bukan seperti dalam kebanyakkan movies fiksyen. MKBHD pernah berkongsi bagaimana ciri Holografik pada RED Hydrogen One ini berfungsi melalui video beliau.

RED Hydrogen One diumumkan pada tahun 2017 yang lalu, dilengkapi dengan skrin 5.7 inci, cip pemprosesan Snapdragon 835, 6GB ram, 128GB Memori, kamera utama 12.3 megapiksel , kamera hadapan 8 megapiksel, bateri sebesar 4500mAh dan Android 8.0 Oreo.

Sebelum ini, pengeluaran smartphone tersebut telah ditangguhkan disebabkan atas beberapa masalah teknikal yang memberi kesan keatas proses produksi, namun kini ianya telah berada di dalam proses penghantaran kepada mereka yang telah menempah lebih awal.

sumber : ubergizmo | via : Phil Holland (Instagram)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here