Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact Terima Kemaskini Android 9.0 Pie

Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact mula terima kemaskini Android 9.0 Pie bermula hari ini, lebih awal dari apa yang pihak Sony janjikan iaitu kemaskini sekitar November akan datang. Kedua-dua peranti ini walaubagaimanapun bukan model pertama Sony yang menggunakan Android Pie, Sony Xperia XZ3 yang diperkenalkan tidak lama dahulu telah pun dilengkapi Android 9.0 Pie diawal pengenalan smartphone tersebut.

Sony merupakan pengeluar peranti pintar kegemaran kami memandangkan syarikat tersebut mengamalkan polisi sikap terbuka berkaitan pembangunan rom smartphone milik mereka. Ia juga syarikat pengeluar smartphone pertama yang mengeluarkan panduan lengkap tentang bagaimana ingin menghasilkan custom rom untuk peranti Sony.

Menyentuh mengenai spesifkasi Sony Xperia XZ2 yang ditawarkan oleh Sony Malaysia, ia dilengkapi spesifikasi premium termasuk cip pemprosesan Snapdragon 845, ram sebesar 4GB, skrin 5.7 inci 18:9 Full HD+ (1080 x 2160) HDR, Android 8.0 Oreo, memori dalaman 64GB dengan sokongan sdcard sehingga 400GB, bateri bersaiz 3180 mAh, kamera utama 19 megapiksel dan 5 megapiksel dibahagian hadapan.

Smartphone ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri yang terdapat sesebuah peranti flagship, pengimbas cap jari pantas, pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 3.0 termasuk sokongan audio beresolusi tinggi.Pihak Youtube baru-baru ini menyenaraikan Sony Xperia XZ2 sebagai smartphone terbaik pilihan Youtube berdasarkan teknologi skrin peranti tersebut.

sumber : xperiablog

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here