Senarai Telefon Pintar Dengan 10GB Ram

Senarai Telefon Pintar Dengan 10GB Ram, satu senarai yang kami rasa bukan lagi dongeng, 10GB ram mungkin dilihat agak “keterlaluan”, tapi beberapa pengeluar smartphone telah pun menggunakan ram sebesar itu pada peranti mereka.

Buat masa ini, hanya beberapa model sahaja diperkenalkan dengan ram sebesar 10GB, dan masih tiada maklumat rasmi mengenai bila ia akan ditawarkan di Malaysia. Berikut antara telefon pintar yang telah pun diperkenalkan dilengkapi 10GB ram.

XIAOMI MI MIX 3 PALACE MUSEUM

Ram : 10GB Ram
Saiz Skrin:
6.39 inches Super AMOLED
Prosessor : Snapdragon 845
Memori : 512 GB
Kamera : Dwi-kamera 12 megapiksel
                     Dwi-kamera hadapan 24 megapiksel
Versi Android : Android 9.0 (Pie)
Bateri : 3200mAh
Harga : $720 (MYR 3,002.04)
XIAOMI BLACK SHARK HELO

Ram : 10GB Ram
Saiz Skrin:
 6.01 inci Super Amoled
Prosessor : Snapdragon 845
Memori : 256GB
Kamera : Dwi-kamera 12MP + 20MP
20 Megapiksel hadapan
Versi Android : Android 8.0 Oreo
Bateri : Li-Ion 4000 mAh
Harga : $605 (MYR 2,522.55)

 

Setakat penghujung Oktober 2018 ini, hanya dua model sahaja yang baru diperkenalkan secara rasmi yang bakal hadir dengan 10GB ram. Terdapat beberapa peranti jenama lain yang disebut-sebut bakal menggunakan spesifikasi yang sama, namun ianya masih belum diumumkan secara rasmi dan berkemungkinan tidak tepat. Xiaomi dilihat memegang takhta kategori ini memandangkan Black Shark juga merupakan jenama dibawah Xiaomi yang memfokuskan kepada peranti gaming.

BacaYoutube Vanced – Aplikasi Youtube Sebenar Untuk Pengguna

Bagi Xiaomi Mi Mix 3, hanya edisi khas yang dipanggil Palace Museum akan menggunakan ram sebesar 10GB dan untuk versi normal, ianya boleh didapati dalam dua variasi berbeza iaitu 6GB dan juga 8GB.

Kedua-dua telefon pintar yang tersenarai merupakan smartphone berspesifikasi tinggi dari Xiaomi dilengkapi cip pemprosesan terkini milik Qualcomm. Jika anda seorang gamer, Black Shark Helo adalah pilihan tepat untuk dimiliki dan ianya juga lebih murah berbanding Xiaomi Mi Mix 3.

BacaGoogle Pixel 3 Smartphone Paling Selamat Untuk Pengguna

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai bila ia akan ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Kita mungkin boleh melihat kedua-dua peranti dibawa masuk dan ditawarkan kepada pengguna melalui penjual tempatan kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here