Samsung Galaxy A9 (2018) – Apa Kelebihan Smartphone Ini?

Samsung Galaxy A9 (2018) merupakan pertaruhan terbaru Samsung bagi menarik pengguna untuk memilih peranti mereka. Smartphone terbaru mereka yang akan diumumkan pada masa akan datang bakal menggunakan empat lensa kamera dibahagian belakang. Setiap satu daripadanya hadir dengan fungsi berbeza.

Peranti empat kamera ini bakal dilengkapi dengan spesifkasi kelas pertengahan antaranya cip pemprosesan Snadragon 660, Android 8.0 Oreo, 6GB ram, memori dalam 128GB, sokongan sdcard sehingga 512GB, empat lensa kamera utama dan bateri sebesar 3270mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 2.0.

Pembocor maklumat terkenal, Evan Blass turut berkongsi kepada umum maklumat lanjut mengenai kamera yang terdapat pada Samsung Galaxy A9 (2018) ini. Seperti yang anda dapat lihat pada gambar yang dikongsikan, ianya empat lensa dengan fungsi berlainan.

Samsung dijangka akan memperkenalkan smartphone terbaru mereka ini pada 11 Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here